JellyPages.com

Wednesday, April 27, 2011

Ujian



Salam.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini kita masih dapat bertemu…
Alhamdulillah, dalam mengharungi minggu final exam ni, ana  dan sahabat dah lalui 3paper.. ada lagi 2 paper.. dalam menghadapi ‘peperangan di medan peperiksaan’ ana sekali lagi di uji.. kesihatan yang kurang baik.. sungguh.. ana memang tak terdaya.. badan terasa terlalu lemah, di tambah tidak dapat melelapkan mata di malam hari dek kerana selsema yang teruk dan disusuli batuk-batuk. Badan terasa panas…

Sungguh begitu, ana tetap menggagahkan diri bangun di awal pagi sebagai persiapan waktu subuh dan persiapkan diri menuju ke dewan periksa…  lemah terasa badan.. namun, demi  tuntutan  dan kewajipan ana, ana terpaksa gagahkan diri… dalam dewan periksa, ana sungguh tidak dapat menumpukan perhatian pada soalan.. seperti  biasa, ana cuba berkomunikasi dengan kertas peperiksaan tersebut, di pandang seperti senang dan mudah kerana berkaitan dengan apa yang di pelajari selama ini… tapi, terasa beratnya nk mengangkat kepala… bersin.. jangan Tanya brapa kali.. rasa cam mengganggu orang lain jawab exam je bersin kuat-kuat tadi…

Masa exam 2jam.. tapi bagi ana masa terlalu singkat.. tak mampu ana nak kejar.. lemah rasa tangan ni nak menulis.. tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan kepada ana untuk meneruskan menjawab…walau apa pun ana tetap berpuas hati dengan usaha yang ana dan buat selama ini, dan yang tinggal hanya doa dan tawakkal kepada Allah…

 Firman Allah Taala : “....dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya)”. (surah at-talaq : 2)

Selesai menjawab, terus ana dan sahabat menuju ke kafe.. malas nk balik dulu.. leceh nak bersiap nanti.. hehe… sampai di kafe, ana teringat akan panggilan telefon dari ibu ana malam tadi. Beliau memberitahu supaya berjumpa adik ana yang juga belajar di Terengganu ni sebelum dia pulang ke teratak syurga kami di kampung.. sungguh, terasa malas yang teramat.. tapi ana gagahkan juga kerana pesan mak kan..  terus bertanya pada sahabat.. minta temankan.. Adik ana ketika itu berada di Pasar Payang, Kuala Terengganu...  tak lama kemudian, ana menuju ke sana..

Sampai di sana kami dapat jumpa adik ana sekejap sahaja kerana ketika itu jam menunjukkan jam 12.30 tengah hari.. adik ana perlu bergegas pulang ke kolejnya (KIST) kerana perlu ke kuliah pada jam dua serta memandangkan jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke KIST di Kuala Berang memakan masa lebih kurang 1jam.. walau sekejap, nikmat dapat berjumpa darah daging sendiri, memang gembira.. tambah pula kami lama tak bertemu.. ^_^

Usai bertemu adik ana, sahabat mengusulkan ke kedai cenderamata di kawasan Gong Badak.. untuk keperluan program akan datang katanya.. walau ana kurang sihat, tapi tidak menghalang ana mengikuti saranan sahabat-sahabat ana.. lagipun, ana perlu tunjukkan rasa terima kasih kepada mereka kerana telah menemani ana ke Bandar tadi.. niat ana nak ke klinik, tapi melihat sahabat yang agak keletihan, ana membatalkan hasrat tersebut.. di tambah cuaca yang sangat panas di waktu matahari tegak di atas kepala.. kasihan mereka nak tunggu ana nanti…

Sampai di asrama kami berehat.. ana pun rasa berat sangat kepala ni.. selsema…rasa terlalu lemah badan… tak terdaya rasanya.. tapi sambil mengambil masa untuk merehatkan badan, terfikir sejenak… teringat pesan mak ana.. beliau kata “tak pe sakit sikit.. tu kan hadiah dari Allah.. tanda Allah sayang kita.. tanda Dia ingat kat kita.. lagipun, sakit tu kan penghapus dosa kecil.. bersyukur la…”. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini..ana yakin, pasti ada hikmahnya kan.. Terima kasih mak atas pesan yang berguna yang selalu jadi perangsang dari perasaan putus asa.. love u mom!

Firman Allah Taala : “Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) Yang menyatakan segala-galanya Dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.” (al-mu’minun: 62)

Wallahua’lam..


No comments:

Post a Comment