JellyPages.com

Friday, December 28, 2012

Salam Imtihan


Assalamualaikum.. apa khabar semua? harap sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah.. Lama rasanya tak update blog ni.. maklum lah, terlalu sibuk dengan assignment. Semester ni boleh dikatakan semester yang penuh cabaran. memang kadang-kadang rasa tak tertahan, stress, rasa macam nak berhenti belajar pun ada..  hantar 1 assignment, datang lagi 2.. wah.. memang tak menang tangan nak buat..tapi alhamdulillah, semuanya dah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Lagi berapa hari nak masuk fatrah imtihan ni. berdebar rasanya.. buku pun tak habis baca lagi, nota pun wt nak tak nak je, masyaAllah, malasnyaaaaa.. mungkin subject semester ni berat-berat n susah kot.. tapi apapun mesti kena usaha. lepas tu, doa dan tawakkal la pada Allah... ish! takutnya.. tak pernah rasa gini.. Ya Allah, permudahkan urusanku serta rakan-rakanku dalam menghadapi peperiksaan final nanti.. amin..

time study week ni, boleh nampak macam-macam cara orang belajar.. time ni mana yang tak rajin pun akan terpaksa jadi rajin.. yang jarang pergi library pun akan pergi study kt sana.. macam-macam gara student bila dekat nak exam ni.. ada yang sibuk menghafal, sibuk buat nota, ada yang baru sibuk nak pinjam nota orang lain, ada yang gabrah sampai dalam 1 hari nak habiskan semua subjek, ada juga yang terlalu relax sampai buku pun tak sentuh.. macam-macam.. masing-masing ada gaya tersendiri nak study..

al kulli hal, buat yang terbaik untuk final exam ni.. amalkan Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal.. insyaAllah segalanya akan mudah.. disini saya nak kongsi beberapa doa menjelang peperiksaan. Selamat berdoa..:)

Doa untuk ingat dengan sekali baca sahaja

Doa supaya apa yang telah dihafal tidak lupa
Selamat maju jaya. Bittaufiq wan Najah fil Imtiham.. Wallahua'lam..

Thursday, November 15, 2012

Kg Seberang Takir, Terengganu




Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan berkesempatan berkunjung ke Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu  yang terkenal sebagai perkampungan nelayan. Memahami dan mengkaji gaya hidup, ekonomi, sosial dan kemajuan di kampung tersebut membuatkan kami masing-masing teringat kampung halaman. Kedamaian dan keharmoniannya sangat menenangkan. Ditambah pula dengan penduduknya yang ramah, terasa seperti mahu sentiasa berkunjung ke sana. Komuniti nelayan yang masih wujud di sana sangat gigih dalam mencari rezeki di laut.

Ekonomi masyarakat di sana semakin maju. Terdapat perusahaan Keropok lekor, batik, budu dan belacan. Tidak kurang hebatnya juga perkhidmatan bot penambang yang semakin popular di kalangan pelancong asing dan penduduk setempat.

Alhamdulillah, walaupun kami ke sana atas dasar membuat kajian bagi tugasan subjek  Hubungan Etnik, tapi banyak ilmu yang kami dapat. Seronok bila dapat melihat sendiri proses membuat keropok lekor secara live dari awal penyediaannya sampailah ianya siap untuk dijual. Makcik-makcik di sana sangat peramah dan melayan segala pertanyaan kami dengan baik. Lepas ini, balik kampong sendiri, boleh lah buat keropok lekor sendiri kan..hehe

Tekun: Para pekerja perusahaan keropok lekor sedang menggentel keropok.

Unik: masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan keropok.

Setelah melihat [erusahaan membuat keropok, kami pergi ke tepi laut.. saja nak tinjau-tinjau keadaan. Nak tengok bot-bot nelayan, tengok rumah-rumah kat sana, dan berharap ada la nelayan yang baru nak naik. Akhirnya kami jumpa dengan seorang warga kampung tersebut. Pak Syariff banyak ceritakan pengalamannya sepanjang menetap di kampung tersebut dan pengalaman di laut. Beliau juga ada menceritakan serba sedikit tentang hal-ehwal kehidupan masyarakat nelayan. Seketika saya duduk di beranda rumahnya terasa damai, rasa macam xnak balik je.. ye la, rumah tepi laut dengan air yang kelihatan tenang dan angin sentiasa bertiup sepoi-sepoi bahasa, suasana rumah kampung pula tu. Indahnya, walaupun terasa panas bahang dari senaran matahari. Tambahan pula, Pak Syariff sangat 'sporting' dan ramah dalam melayan dan menjawab soalan kami.

Pak Syariff: seorang nelayan di Kg Seberang Takir

Tak lama lepas tu, datang pula pak Jalil. Beliau orang lama kampung Seberang Takir. Selama 78 tahun beliau tinggal di kampung tersebut dan dengan bersemangat beliau menceritakan sejarah pembukaan atau sejarah permulaan kampung tersebut. Sejarah yang sangat unik. Saya menjadi kagum dengan perjuangan peperintah pada zaman dahulu yang mengamalkan dan menegakkan prinsip Islam.

Pak Jalil: Orang lama yang banyak tahu tentang sejarah Seberang Takir.

Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk mencuba dan merasai pengalaman menaiki bot penambang yang disediakan di sana. Dengan tambang yang sangat murah, hanya RM1, kita dapat merasai pengalaman duduk di dalam bot tersebut lebih kurang 15minit menuju ke Pasar Payang. Sangat-sangat seronok. Lagi-lagi yang bagi yang belum pernah merasai menaiki bot. Walaupun deruman enjin bot yang kuat, tapi pemandangan di sana sangat menarik . Subhanallah..
Bot penambang yang menjadi pengangkutan utama
penduduk Seberang Takir ke bandar K.Terengganu.

Banyak sangat perkara yang kami pelajari selama pengembaraan kami ke kampung tersebut. Jika berkesempatan, terasa nak datang balik ke sana. Pengalaman dan pengetahuan yang kami dapati susah nak dapat kat tempat lain. Ilmu membuat keropok lekor, menaiki bot, mempelajari cara hidup nelayan, peralatan menangkap ikan, nilai kemasyarakatan di sana, dan beberapa perkara lagi diharapkan dapat memberi manfaat. Terima kasih kepada sahabat sekumpulan kerana kerjasama yang sangat padu untuk kami menjalankan kerja lapangan tersebut. 

Ahli Kumpulan yang awsome!!! 


Wallahua’lam.

Kerjasama itu penting!




Letihnya.. hari2 berkawad.. naik gelap da kulit ni.. 
tapi 1 pelajaran yang betul-betul menekankan disiplin dan kerja berpasukan.. nak always seragam dalam setiap pergerakan.. kadang-kadang rasa tension, belajar tak pandai-pandai.. 
tapi kat situ amat memerlukan nilai kesabaran yang tinggi.. mana taknya.. seorang silap jadi cacat satu pasukan.. and i always be the one!!! kadang-kadang secara tak sengaja tersalah langkah, hayunan tangan tak betul.. hmm.. kesian skuad saya.. maaf ye.. 

Tapi belajar kawad kaki ni kadang-kadang seronok.. bila kita dapat buat dengan betul dan cergas.. tapi lau pergerakan susah, hmm.. tension la juga.. tapi apa yang penting...... kerjasama n bersabar je la.. bagi saya kawad ni takde la teruk sangat.. cuma perlu dengar arahan, paham, n taw nak gerak kaki mana.. selain tu, kita dapat belajar banyak benda.. patuh pada ketua, kerja pasukan, kesabaran yang tinggi, kekuatan fizikal dan mental la paling penting.. 

Papepun, hope skuad sy dapat menang pertandingan kawad nanti..(~_^)

Fahami Cemburu Wanita


 Kebanyakan lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu. Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.   

Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas.  Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif. Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya.   Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi. 

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?   kriteria digunakan oleh WANITA untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku SUAMI :
1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.   

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.   

3. Mencurahkan masalah peribadi Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri. Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.   

4. Eksklusif tanpa isteri Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.   

5. Inklusif Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain. Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya. Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.  

 Antara pasangan, ada yang sehaluan bahkan tidak kurang yang mengundang banyak masalah dalam perhubungan. Ukuran cinta seseorang wanita bukan bersandarkan pada rupa atau harta semata-mata. Ketulusan, pandai berkomunikasi, prihatin dan sikap mengambil berat lelaki mampu mencair hati golongan hawa.   Namun, adakah semua lelaki memahami naluri halus wanita? Kebanyakan lelaki sukar menelah kehendak dan keinginan yang tersirat di hati jika lelaki tidak belajar mengenal nilai, sikap, kehendak naluri dan psikologi wanita itu sendiri. Ada kalanya wanita menangis sendirian kerana teringatkan lelaki yang disayangi, tetapi lelaki bagaikan tidak peduli bahkan jarang menghargai kasih sayang yang dicurahkan.

Fahamilah kehendak dan perasaan serta pemikiran wanita sebelum anda menilai diri wanita itu sendiri. Luhurnya sesebuah cinta bukan hanya disandarkan pada rupa namun pemahaman, penghargaan lelaki terhadap perasaan wanita, kasih sayang serta kesetiaan lebih bernilai daripada segalanya.  

 - Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya. 
- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf. 
- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan). - Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. - Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke matanya, dia akan cair seperti coklat! 
- Wanita memang sukakan pujian tetapi lazimnya tidak tahu macam mana hendak menerima pujian. 
- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. 
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri daripada anda selepas ditolak cintanya, biarkannya untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan cara termudah mereka meluahkan perasaan. 
- Jangan sesekali memberitahu perempuan yang mereka langsung tidak berguna. 
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita. 
- Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kegembiraan dan tidak sampai 10 minit, semua rakannya akan tahu berita berkenaan. 
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 
- Jika anda menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenali diri anda dengan lebih mendalam. 
- Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali diajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat. Tetapi jika pada masa sama, dia menghubungi anda atau menunggu panggilan daripada anda, teruskan usaha memikatnya. 
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dirinya sendiri. 
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya, mengapa tidak bertemu dengan lelaki itu lebih awal. 
- Kalau kamu masih tercari-cari cara paling romantik untuk memikat si gadis, rajinkan tangan menyelak buku cinta. 
- Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya kemudian barulah dirinya sendiri. 
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya. 
- Satu ucapan ‘hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya. 
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata hendak menawan kawan mereka yang paling cantik. 
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 
- Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. 
- Senjata wanita adalah air mata! 
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati. 
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.      

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Bukti cinta sejati APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda?   Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda. Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam: Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian antara satu sama lain. 

Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Suami isteri yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan rumah tangga secara bersama. 

Pasangan suami isteri yang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang atau darling. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus.” Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri. Isteri atau suami mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil. 

Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan. Suami isteri sanggup menerima kekurangan pasangan. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya kerana harta dan wang. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama. Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika suami letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.   

Ciri-ciri lelaki pilihan: 
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya. 
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama. 
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup. 
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran. 
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalansunat. 
7. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela. 
8. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik. 
9. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf. 
10. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isterinya.    

Lima sifat wanita yang disukai lelaki : 
1. Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja. 
2. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. 
3. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri. 
4. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik. 
5. Solehah - Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak.   

 Lima sifat lelaki yang disukai wanita : 
1. Percaya diri - Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton teruskan bermain. Pada masa yang sama cuba bermain sukan lain juga. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. 
2. Lelaki lucu - Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Tetapi berpatut padan dalam pergaulan. Lelaki yang gemar berjenaka dapat membangkitkan suasana ceria kepada teman wanitanya terutama apabila dia sedang bersedih. 
3. Romantik - Lelaki romantik sentiasa menjadi idaman wanita. Harus diingatkan bahawa romantik bukan bermakna gatal dan mengada-ngada tetapi bijak mengambil hati dan pandai berkata-kata untuk mengawal keadaan. 
4. Bijak - Lelaki bijak turut menjadi keutamaan wanita sebagai teman istimewa atau suami. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi penampilan dan cara membawa diri menjadi perhatian. Selain wajah kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang bijak. 
5. Kemas - Lelaki yang kelihatan kemas dan sentiasa berpakaian sedap mata memandang menjadi pilihan wanita. Kuku turut memainkan peranan penting, jadi pastikan kuku anda dipotong rapi dan bersih agar wanita yang mendampingi anda tidak lari.    

Hati Seorang WANITA 
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. 
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM. 
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah. 
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. 
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum. 
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. 
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.    

Resipi Mahligai Bahagia  
Bahan-bahannya: 
2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah. 
1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara. 
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab 
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati) 
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda. 
2 cawan pati kemanusiaan .
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan. 
1 cawan rasa kepuasan. 
1 cawan budi bahasa. 
1 cawan perasaan timbang rasa. 
1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak. 
2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu. 
1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi. 
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya. 
4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita) 
Secubit campur tangan mertua 
Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.   

Cara membuat atau mengamalkannya: 
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati. 
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran. 
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².   

Peringatan: Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. 
Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. 
Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.    

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN 
*Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.  

 KUASA LAYANAN PEREMPUAN 
*Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah. 

KUASA DOA PEREMPUAN 
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: “Doa ibu itu lebih cepat makbul.” Orang bertanya:”Kenapa ya Rasulllah ?” Jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”   

KUASA TAQWA PEREMPUAN 
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. 
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian. 
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudianmelatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa. 
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”    

wallahua'lam.

Falsafah Wonderpet!


Hmm..sekarang da masuk tahun baru Hijri... sekejap je kan.. rasa baru je masuk tahun 1433H haritu.. da masuk tahun baru.. renung-renung balik, muhasabah semula apa je yang saya buat dalam setahun yang lalu ni? Berapa banyak amalan yang dah di buat? Hmm.. sedih je rasa.. macam makin banyak dosa yang dah di buat.. n makin saya belajar rasa makin banyakkkk lagi ilmu atau perkara yang saya tak tahu @ jahil.. so, kne la upgrade ilmu dan iman kan? Kutip la ilmu banyak-banyak, amalan pun kena la tambah..

Pernah tengok x cerita Wonderpet? Ala.. cerita pasal 3 ekor sahabat.. tikus mondok, penyu dan burung.. Mesti la ramai yang pernah kan.. walau xpernah tengok, mesti la pernah dengar kan? Kenapa saya tiba-tiba bangkitkan cerita wonderpet ni? Haha.. mungkin da rindu suasana kt rumah kot.. atau mybe sebab dah lama tak dapat tengok tv.. atau ada maksud tersirat nak disampaikan ye? Hehe.. ye la.. cerita tu macam-macam mesej dia nak sampaikan.. Antaranya kerjasama dalam 1 kumpulan, kepentingan bersahabat, sikap tolong menolong tak kira siapa, sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling.. tapi paling saya suka pegang adalah falsafah mereka.. “apa yang penting? Kerjasama..”

Berbalik kepada cerita wonderpet tadi...walau cerita tersebut cerita untuk kanak-kanak, tapi mesejnya cukup untuk sedarkan orang yang lebih dewasa tentang erti sahabat dan kerjasama..  tapi ramai lagi yang tak sedar tentang kepentingan kerjasama terutama dalam kerja berpasukan atau berkumpulan.. terlalu bergantung harap pada orang lain tanpa memberi apa-apa sumbangan tu bukanlah sikap yang terpuji..

Kenapa saya tiba-tiba bangkitkan cerita kerjasama ni? Hmm.. pengalaman hidup, macam-macam pernah jadi kan.. berdasarkan pemerhatian, contohnya dalam buat assignment yang lecturer bagi,  banyak berlaku kes orang yang “tumpang nama” je.. ye la.. orang lain bersusah payah, dia senang lenang je.. ahli kumpulan bersengkang mata, dia membuta je.. apa yang penting? Bukan kerjasama.. tapi nama dia..  ada lagi ke orang macam ni??? Ada.. ramai.. baru-baru ni seorang sahabat sekelas mengamuk, siap bergaduh lagi.. sebab apa? Sebab seorang dari ahli kumpulan adalah ahli lelap.. tak beri apa-apa sumbangan pun pada kumpulan mereka.. di fahamkan sebanyak 7 subjek mereka buat assignment bersama, ke7-7 tu si dia tak ambik cakna langsung.. tapi apa yang penting mesti terpahat namanya pada muka depan assignment..  adakah patut macam tu? Tak rasa bersalah ke terhadap ahli kumpulan? Tak fikir tentang keberkatan ilmu? Tak tau la nak kata macam nama.. bila ditanya berjuta alasan dia bagi.. Astaghfirullah..kesian pada ahli kumpulan yang lain..

Macam-macam kerenah manusia. Jarang bersyukur dengan nikmat yang ada. Apapun, fikirlah apa yang terbaik buat diri kita masa sekarang dan yang akan datang. Peganglah falsafah Wonderpet ni bila kita berada dalam kalangan masyarakat atau kumpulan. Wallahua'lam.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Assalamualaikum... Salam Maal hijrah 1434.. Alhamdulillah, setapak lagi kita melangkah bukan sahaja ke hari yang baru, bahkan ke tahun yang baru. Semoga tahun baru hijrah 1434 ini memberi makna yang besar bagi hidup kita hari ini dan seterusnya.

Dengan berlabuhnya tirai tahun 1433 H, marilah sama-sama kita muhasabah diri kita semula, apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang telah berlalu. Adakah kita gunakan kesempatan masa yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya ataupun kita sia-siakan begitu sahaja dengan melakukan maksiat dan perkara lagha? Allahu rabbi.

Marilah kita berfikir sejenak, perlunya transformasi dalam diri kita seiring arus peredaran zaman ini. Perbaiki segala kekurangan yang ada, perelokkan lompang-lompang yang berlaku dalam diri kita, tahsin mana yang patut dan paling penting tajdid niat dan azam agar tahun baru hijrah ini dapat menjadikan kita seorang yang sentiasa tinggi takwa dan kepatuhannya pada Allah swt.

Mengenang kembali peristiwa yang terpahat dalam lipatan sejarah islam, 1 Muharram adalah mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke Kota Madinah. Tujuan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat adalah untuk menyelamatkan aqidah, memperluaskan medan dakwah dan untuk membangunkan pemerintahan berteraskan Tauhid kepada Allah.

Justeru itu, kita sebagai umat akhir zaman perlu mengintai kembali pengajaran di sebalik peristiwa hijrah yang mempunyai pengaruh besar terhadap Islam tersebut. Sungguhpun kita tidak melakukan hijrah seperti Rasulullah, kita perlu melakukan hijrah hati dan rohani dengan berhijrah dari cinta kepada selain Allah kepada cinta pada Allah sepenuhnya, bertakwa kepada Allah serta mengharap sepenuhnya pada Allah dalam setiaap perkara. Selain itu, berhijrah dari perkara kemaksiatan, keburukan dan perkara sia-sia juga hijrah yang dituntut pada masa kini.

Firman Allah Ta'ala bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang  beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah, dan (ingatlah) Allah maha pengampun dan maha mengasihani". (al-Baqarah: 218)





Sama-sama hayati pengertian hijrah. Wallahua'lam.



Thursday, March 22, 2012

Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara


Assalamualaikum semua.. kaifa halukum? lama rasanya saya x update blog.. tak berkesempatan dek kerana sibuk dengan urusan kuliah, persatuan dan program. Tugasan dari pensyarah pun makin membukit nampaknya... Belum lagi hafalan al-Quran yang perlu sentiasa diulang-ulang untuk mengelak dari lupa.. ujian-ujian, test dan exam yg perlu dihadapi lagi..baru di uji hilang nikmat masa lapang da merungut.. astaghfirullah.. padahal xde la sesibuk Rasulullah s.a.w pada zamannya yang bertungkus lumus nak sebarkan ajaran islam.. hmm.. cabaran sebagai penuntut ilmu kan.. biasa la tu..

Subhanallah.. oleh itu, kita memang kena manfaatkan 5 perkara dengan sebaiknya sebelum datang 5 perkara yang lain kan..
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sempit
5) hidup sebelum mati...

Tapi manusia.. seringkali lalai dan leka.. pelupa pulak tu.. sesuai la dengan nama "manusia" yang berasal dari perkataan "ma" & "nusia".. maksudnya lupa.. bila sihat, lupa pada Allah yang bagi nikmat tu.. tapi kalau dah sakit, baru ingat nak sebut " Ya Allah.. sakitnya"... "Allah..sembuhkanlah aku"... dan macam-macam lagi.. time kena ujian kesakitan tu la baru nak syukur kt nikmat sihat.. Astaghfirullah..

Hmm.. lagi 1, anak-anak muda sekarang ni.. suka tangguh-tangguh buat kebaikan seperti buat ibadah... senang je cakap.. "nanti lah, aku masih muda lagi".. tp sedar tak kita yang umur kita semakin hari semakin meningkat??? org kata la kan "kubur kata mari, rumah kata pergi".. tp mengapa ye ramai lagi yg xsedar diri.. yakin sangat belum mati esok hari.. yakin sangat umur  panjang sampai tua.. alasan semata-mata... tapi bila dah tua pun masih liat lagi nak beribadah, memang xtaw nak kata apa la kan..

Yang kaya pula.. ramai yang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi.. masing-masing buat tak endah je apa yang dipertanggungjawabkan.. syukurlah mereka murah rezeki.. ramai juga daripada orang kaya tu mereka pernah merasa hidup susah.... time susah bukan main lagi berazam nak wt itu ini, nak tolong orang tu, orang ni.. nak derma ke sana sini, nak infaqkan harta.. tapi dah kaya, lupa semua benda tu. hatta nak tunai zakat pun x dan.. masing-masing da digelapkan dengan harta dunia.. nauzubillah..

Marilah sama-sama muhasabah diri balik, apa kekurangan diri kita, apa sumbangan kita pada umat islam, mak ayah kita dan apa sumbangan kita pada diri kita sendiri untuk jadi pertahanan kita dari api neraka kelak. Segala kekurangan kita perlu penambahbaikan dan upgrade amal dan iman kita.. insyaAllah hidup akan diberkati.. Thus, ingat lima perkara sebelum lima perkara. wallahua'lam.

Sunday, February 26, 2012

CARA MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK GHAIB


Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang segar serta mampu mengucapkan zikir dan doa kepada Allah..

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi satu topik yang menarik serta sedikit pengetahuan yang saya dapat dari seorang ustaz ketika menghadiri kuliah maghrib tentang cara mengatasi gangguan makhluk halus.. Topik ini diperbincangkan kerana sejak kebelakangan ini kejadian 'histeria' dalam kalangan pelajar wanita banyak berlaku..

Antara intipati yang disampaikan adalah:

1 - Bagaimanakah cara untuk menjaga atau mengelak diri dari gangguan tersebut?

Bagi persoalan tersebut, 3 perkara utama perlu di titikberatkan terutama kepada para wanita iaitu :-
i) Menjaga kebersihan diri
Bagi wanita yang mengalami haid, disarankan untuk membasuh tuala wanita yang telah digunakan dengan bersih dan dibuang ke dalam tempat yang dikhaskan. dilarang sama sekali untuk membuangnya merata-rata kerana difahamkan makhluk seperti jin amat menyukai benda yang kotor.

ii) Menjaga aurat
Seperti yang diketahui, wanita muslim wajib menutup aurat iaitu seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, bilamana sahaja wanita ingin keluar, wajib untuk menutup auratnya dari dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Sebagai contoh, ramai wanita menganggap menutup kaki atau memakai stokin adalah tidak perlu atau tidak wajib. Tetapi harus diingat batasan aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, termasuk kaki. Dalam hal ini, wanita perlu menutp kakinya kerana salah satu faktor adalah makhluk tersebut akan masuk ke dalam badan seseorang melalui kakinya.

iii) Membuang patung-patung yang menyerupai benda hidup di rumah
Bagi yang memiliki patung 'teddy bear' atau 'barbie', dinasihatkan agar anda membuang atau menghilangkan patung-patung tersebut dari rumah atau bilik.. ini kerana rumah yang terdapat patung di dalamnya didak akan dimasuki Malaikat.. walahua'lam. 
# hukum bermain atau menyimpan patung:
- harus bagi kanak-kanak yang belum baligh.
- haram bagi yang sudah baligh.


2 - Ciri-ciri atau perbuatan seseorang yang mendorong berlakunya gangguan terhadap seseorang:

i) Kegagalan seseorang untuk mempertahankan diri atau lemahnya iman seseorang seperti seseorang yang suka melalak-lalak, sentiasa lalai dari mengingati Allah atau banyak melakukan perkara sia-sia dan seseorang yang tidak dapat mengawal dirinya.

ii) Selalu tidur selepas asar - kesan: kebiasaannya orang yang tidur selepasa asar, apabila dia bangun akan mendapati lebam-lebam iaitu biasanya di kawasan peha atau lengan. jika diamati atau disuluh menggunakan torchlight, kita akan dapati lubang-lubang halus di kawasan lebam tersebut yang dipercayai kesan gigitan makhluk halus.

iii) Wanita yang suka mandi tanpa memakai apa-apa - jin suka pada wanita dan segala yang ada pada wanita. Jadi, jangan sampai mereka jatuh cinta dengan anda!

iv) Banyak mulut - seperti banyak mengumpat, dan bercakap tentang perkara-perkara lagha.


3 - Cara untuk menghilangkan kesan lebam atau untuk mengelak gangguan:

-Sediakan dalam 1/2 kg limau nipis, perah didalam baldi + air... baca 7x surah al-Fatihah diiringi selawat. amalkan selama sekurang-kurangnya 7 hari, insyaAllah kesan tersebut akan hilang.

~kuliah maghrib surau saodah~

Saturday, February 18, 2012

Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan




Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.


CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.

Sangat merbahaya!


2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.


CARA MAKAN :

i) Menghadap Kiblat

ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati


iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan

jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tigaunsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yangpaling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


CARA MINUM :

i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam

ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w


4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,choline dan bahan ekstraktif.


Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.


CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.


14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.


19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori




"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)

wallahua'lam.