JellyPages.com

Monday, April 25, 2011

jalan-jalan, joging-joging, suka-suka



Assalamualaikum.. saudara saudari yang di kasihi ALLAH sekalian.. semoga antum sentiasa berada dalam Rahmat dan lindungan ALLAH.

Hari ini ana nak kongsi sedikit tentang aktiviti seharian ana hari ini.. walaupun masih dalam mood final exam, tapi ana dan sahabat-sahabat tidak terlalu ‘menyetresskan’ diri untuk hadap buku je.. boleh jam otak dibuatnya..hehe..

Pagi-pagi seawal jam 6.40pagi, ana bersama 5 lagi sahabat (Zakiah, Athifah, Ajeerah, Zyra, Aqma) menggagahkan diri di saat sahabat lain lena d ulit mimpi, menuruni anak-anak tangga dan……. *ceh,bajet surprise la ni..hehe*

Samb>>> meneruskan rencana kami untuk jogging bersama. Alhamdulillah, pada masa yang dijanjikan, kami berjalan merentasi jalan-jalan di UniSZA.. kami berjalan, sambil-sambil diselangi lari-lari anak.. sampai di 1 kawasan dalam kampus, kami berhenti seketika.. *konon nk tarik-tarik nafas dulu*… 

Tiba-tiba sahabat ana, terpandang sesuatu… Subhanallah.. memang terliur kami tengok.. nk tau apa? Kami jumpa pokok mempelam yang rendang yang sedang berbuah lebat.. kebetulan ketika kami berada di situ,seorang pokcik yang ada di pondok pemandu tu keluar.. kami mintak kebenarannya untuk memetik buah tersebut… tapi, kami bersyukur, pokcik tu tolong kami petik buah tu.. memang terliur dah..besar-besar buah mempelam tu… dan sedang kami asyik tengok pokcik tu kait buah, kebetulan pula bersebelahan pondok pemandu tu ada pokok buah jambu.. Subhanallah, cantik… merah-merah buahnya.. geram kami tengok tau.. kemudian pokcik tadi beri kebenaran memetik buah jambu pula.. syokkkk… rasa cam duduk kat kampung je.. dengan ada tempat duduk/pangkin di bawahnya, kami asyik makan buah jambu tu..  melihat kami yang asyik memetik buah jambu tersebut, pokcik tadi menghulur sebuah bekas untuk mengisi buah-buah tadi.. kalau tidak, confirm time nk bawa buah-buah tu balik bertabur kat jalan.. Kami bersyukur, pagi-pagi da dapat banyak rezeki…  tu salah satu kelebihan tidak tidur selepas subuh..huhu.. *thanks to pakcik driver ambulans UniSZA kerana membantu kami*
sempat posing.. belakang tu la pokok mempelam dan sebelah kiri tu pokok jambu air..hehe

INFO : TIDUR SELEPAS SUBUH


Sabda Nabi:

Maksudnya : Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat at-Tabarani)


Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: “Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melihat anaknya Fatimah r.a yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.


BAHAYA TIDUR PAGI
1)      Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2)      Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh, bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3)      Tidak mendapatkan keberkatan di dalam waktu dan amalannya.
4)      Menyebabkan malas dan tidak bersemangat. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5)      Menghambat datangnya rezeki. Ibnul Qayyim berkata: "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi,  sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat."
6)      Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.

Ha.. dapat da kan info pasal tidur lepas subuh? Tau kan apa bahayanya? So, renung-renungkan..=)
Sambung balik sal ana dan sahabat berjoging.. lepas dapat rezeki yang alhamdulillah banyak tadi, kami patah balik ke asrama untuk simpan buah tadi.. *takkan la kami nak bawa g joging..berat tu..* kemudian, kami teruskan perjalanan kami.. jalan-jalan, joging-jaging.. santai je.. takde la joging pun.. berjalan je.. jalan-jalan di sekitar UniSZA, seorang sahabat ana mengusulkan untuk menuju keluar dari pagar UniSZA.. nak breakfast..hehe

Sampai kat lua tu, kami ke warung D’Hanna.. 1st time ana ke sana.. macam-macan ada... kagum ana.. pagi-pagi lagi makcik kat sana dah boleh siapkan pelbagai jenis nasi.. nasi kerabu, nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang dan macam-macam lagi.. rasabya pun boleh tahan.. setelah kenyang, ana terpandang senarai menu.. tiba-tiba terpandang sesuatu yang menarik dan membuat ana dan sahabat tertanya-tanya.. apa lagi, kami pun try la order.. sambil-sambil tu, kami dapat la lihat cara dia buat tu.. nak tau pe? Kawan-kawan pernah dengar tak Roti Tisu? Pelik kn? Tapi cantik.. bentuk macam topi..hehe

ini la dia roti tisu.. macam topi kan? hehe

Usai makan, kami pergi ke kawasan padang golf UniSZA.. kat sana kami bergambar, dan sempat bermain bola golf yang belum di kutip oleh petugasnya.. ana fikir, ringan, sekali sepak... aduhhhhh.. sakitnya kaki ana tau.. sahabat-sahabat gelakkan je la..haha. kemudian kami Balik, kami berehat di bilik masing-masing dan deal, nak jumpa lepas asar untuk sama-sama makan buah..hehe.
bola golf di padang golf UniSZA yang ana sepak.. sakit..huhu


Usai solat asar, kami sama sama makan di bawah pohon yang rendang di bawah blok asrama kami.. syoknya.. ana supporter kicap & gula, sahabat ana pula buat air teh 1 jug, yang lain bawa peralatan lain.. asalnya kami ber5 sahaja, lama kelamaan ramai sahabat kami panggil tuk join makan buah..hehe.. sambil-sambil makan, main badminton..bergilir-gilir..
macam-macam ada.. buah yang kami petik pagi tadi..


santai makan buah..
main badminton.. sambil sebahagian makan buah..

meh makan sama!
main badminton puas-puas ea..hee

Tak lama lepas tu, datang sahabat ana, faizah. Dia ajak kami semua yang lebih kurang 15orang tu main bola beracun.. best sangat.. lama tak rasa dapat main macam tu.. teringat time zaman kecik-kecik dulu.. ana rasa ukhuwah antara kami makin rapat dengan buat permainan macam tu.. lagi-lagi da semerter akhir ni.. lepas ni mesti kami saling merindui.. semoga kita semua sentiasa dalam UKHUWAH FILLAH!

No comments:

Post a Comment