JellyPages.com

Friday, April 29, 2011

Coretan hati : catatan dari bumi UniSZA


Salam to all readers.. antum semua sihat? Ana hope smua sihat.. ana pun beransur sihat da.. alhamdulillhah..=)

Tadi sebelum ana buka blog ni, ana buka akaun facebook ana.. buka2, add mana kawan2 sekelas yang tak sempat nak add sebelum ni.. sambil2 tu, tengok berita sahabat lama dari sekolah menengah..kerinduan pada zaman sekolah dulu datang da..  I miss u all SAMUSKD’an..^_^

Tiba-tiba kesedihan datang menjengah ke sudut hati ana.. diam tak diam dah 3 tahun ana berada di bumi Barokah UniSZA ni.. alhamdulillah, terasa nikmat menuntut ilmu di sini.. namun, terlalu dhoif ilmu dalam dada. Ana agak sedikit terkilan kerana walau terlalu banyak peluang ilmu di bumi ini, ana xmenggarap peluang tersebut.. terlalu banyak masa yang ana sia-siakan.. tak pe lah.. insyaAllah, di masa akan datang ada peluang lagi ana akan rebut semampunya..

Kan kata pujangga arab ada bermadah:
"طلب العلم من المهد إلى اللهد"
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Secara tak langsung, tinggal beberapa hari sahaja lagi perjuangan ana dan sahabat-sahabat di tahun akhir di sini… 3 tahun bersama.. lepas ni kita semua akan berpisah.. sedih, pilu rasa hati ni.. habis pengajian diploma ni, masing-masing mesti ada haluan sendiri.. mungkin ada yang teruskan perjuangan ke peringkat ijazah, mungkin ada yang akan ke luar Negara tuk ambil pengalaman dan kutip ilmu di sana, dan mungkin ada yang bekerja dan ada kahabar-kahabar ramai gak teman-teman yang  nak langsungkan perkahwinan.. alhamdulillah..apa pun antum da buat, ke mana pun antum pergi, insyaAllah diri antum akan sentiasa di rindui.. *mana yang dekat da bau-bau nasi minyak tu, jemput-jemput la ea..*

Terimbau kenangan3 @ 4 tahun lalu.. betapa berat kaki ini nak melangkah meninggalkan SAMUSKD tercinta, kali ini sekali lagi peristiwa yang sama akan berlaku.. ana akan melangkahkan kaki keluar dari UniSZA yang penuh barokah ini.. terlalu banyak kenangan dan memori selama menuntut ilmu di bumi Terengganu ini.. pelbagai suka dan duka, susah payah, semua di kongsi dan di hadapi bersama teman-teman.. 3 tahun berada di perantauan memang banyak yang ana dan sahabat dapat pelajari..

Tak mengapa lah.. ini semua jalan yang ana pilih..di samping ketetapan Yang Maha Kuasa.. andai ana masih di takdirkan untuk mendaki puncak kejayaan, mengutip khazanah ilmu yang berharga di sini, insyaAllah itu yang terbaik.. namun, jauh di sudut hati ana, keinginan untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ terlalu tinggi.. namum, “Redha Allah pada Redha ibu bapa”.. ana tidak akan mungkin menjejakkan kaki ke sana.. restu ibu ayah amat penting lebih-lebih lagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.. Namun ana redha.. mungkin memang itu ketentuan takdir untuk ana, dan di sandarkan pada ibu ayah ana.. secara tak langsung, ana terfikir mungkin semua ini berhikmah.. insyaAllah…*kepada sahabat yang dapat peluang belajar di bumi Anbiya’ tu, kutip lah ilmu sebanyak mungkin, kerana antum semua golongan yang telah terpilih oleh Allah.. insyaAllah doa akan sentiasa kami iringkan untuk antum.. barokallah..*

Namun begitu, ana tahu hati ini ingin sekali  menjengah ke gedung ilmu yang lain untuk menimba ilmu.. demi  ilmu, demi cita-cita, di samping pengalaman dan suasana kehidupan baru pasti akan serba sedikit mengajar kita erti kehidupan.. walaupun pilihan bagi ana untuk menyambung pengajian ijazah hanya tertakluk dalam negara sahaja, ana tetap inginkan sesuatu yang terbaik.. ingin sekali  meneroka tempat dan suasana yang baru, tapi segalanya hanya terserah kepada ALLAH Yang Maha Kuasa…

Apa-apa pun, setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan dan takdir yang telah di tentukan sejak azali lagi… kita hanya perlu berdoa dan berusaha..
“..man jadda wajada..”

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment