JellyPages.com

Wednesday, February 6, 2013

Kem Tahunan PALAPES Udara UniSZA di Kedah Darul Aman


Fuhh.. setelah sebulan semester break, baru hari ni dapat jejakkan kaki ke kampung halaman.. rasa rindu pada kedamaian kampung dan especially pada mak dan abah yang lama tak jumpa, buat aku rasa excited nak balik kampung.. hmm.. orang lain dah sebulan menikmati cuti semester, happy dengan family masing-masing, enjoy lepas exam semester lepas, aku pula sibuk duduk kat u lagi.. bekerja keras demi negara tercinta.. nak buat macam mana.. ada tuntutan yang lebih besar kat sana kan..Macam ni la hidup sebagai penuntut ilmu.. banyak perkara perlu di pelajari.. banyak la kena luangkan masa dan berkorban tenaga untuk kejar ilmu tu.. semua tu semata2 untuk mendapatkan Redha Allah..

Allahu Akbar.. 2 minggu berkampung di negeri Kedah Darul Aman, menjalani latihan ketenteraan, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terhadap negara kita akan datang. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah.. tiada sebarang kecederaan mahupun perkara buruk berlaku.. 

Ku akui.. walau latihan yang dijalankan banyak menguji ketahanan mental dan fizikal kami, namun alhamdulillah, kami dapat menjalankan segalanya dengan baik.. pelbagai perkara dapat dipelajari dan diterapkan dalam diri para pelatih terutamanya semangat setiakawan, kerjasama sepasukan, ketepatan masa, saling hormat menghormati, tolong menolong antara satu sama lain, dan yang termahal adalah jalinan ukhuwah antara pelatih bukan sahaja dalam kalangan pasukan masing-masing, tetapi juga bersama pelatih dari IPTA lain di seluruh negara. moga ikatan ukhuwah yang terjalin melalui aktiviti yang diterapkan kekal selamanya..

Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui.. ada suka, ada duka.. tapi semua itu terlalu manis untuk dipahat dalam ukiran pengalaman dan kenangan dalam hidup. pengalaman berada di negeri jelapang padi, memberi pengalaman yang berbeza terutamanya buat diriku yang pertama kali melihat dan menjejakkan kaki ke kawasan seperti itu. Bukan itu sahaja, pengalaman meredah bendang, kebun getah, bukit bukau, paya, ladang sawit dan sebagainya semasa menjalani latihan menjadi memori yang indah yang pastinya tidak mungkin diperolehi oleh orang lain.

Bagi latihan hutan yang dijalankan, juga suatu yang banyak menguji mental para pelatih. Namun begitu, secara tak langsung, kami dapat merasakan bagaimana kehidupan para perwira negara yang sanggup hidup berbulan-bulan di dalam hutan demi mempertahankan negara kita. Sesekali, kainsafan datang menjengah di fikiran.. betapa sukarnya kehidupan perwira dan perajurit negara terpaksa mengorbankan masa dan tenaga mereka, terpaksa meninggalkan keluarga.. MasyaAllah.. kita sebagai orang awam, sepatutnya bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui sekarang ini..

Apa pun, latihan kali ini banyak memberi pengalaman yang berharga yang bakal menjadi lipatan sejarah dalam hidup para pelatih khususnya bagi pelatih di peringkat junior yang pertama kali menjalankan latihan seperti itu.. di harapkan, apa yang kami lakukan, ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang digarap mendapat Redha Allah dan di berkati olehNya.. apapun "biar mental menguasai fizikal dan jangan sebaliknya kerana siapa berusaha, pasti berjaya" =_=

Bergambar di majlis penutup