JellyPages.com

Thursday, December 15, 2022

Belajar agama tak semestinya tak boleh cari makan

Dulu masa belajar ramai tak setuju kenapa aku pilih belajar pengajian islam? Kenapa tak pilih undang2 ke, akaun ke pendidikan ke... sedangkan result boleh dikatakan excellent (org kata la)..haha

Jawapannya: Allah dah tentukan & tetapkan..

Bila dah masuk belajar bidang tu, fikiran terlalu jumud sebenarnya. Yang difikir soal "nanti habis belajar nak kerja apa?" Sehingga lupa siapa "Si Pemberi Rezeki".. dok la fikir, kalau tak kerja pejabat agama, pejabatt mufti, jadi guru KAFA la kot! habis² pun kalau dah kahwin, jadi suri rumah.

Pastu fikir lagi.. dengan lambakan mahasiswa pengajian islam pada ketika itu, sebab fakulti pengajian islam adalah yg terbesar di UNISZA.. pastu fikir nak kena bersaing dengan set² graduan Mesir, Jordan, STAM, STPM & universiti² lain.. serius.. terlalu jumud.. huhu.. 

Tapi, bila tiba di lapangan, keluar dari 'sangkar' pengajian, masyAllah.. sungguh benar bahawa rezeki Allah itu terbentang luas.. pilihan ada di tangan.. mahu ke mana tujuan.. tp ikut dasar ketentuan tuhan.

Rupanya.. bertebaran teman² mencari haluan.. memenuhi lapangan perjuangan di segenap penjuru ruang.. bertebaran di seluruh pelosok negara dengan pelbagai bentuk kerjaya.. buktinya rakan sekelas ramai menjawat jawatan kerajaan walau bukan staff Pejabat Agama mahupun zakat.. ada yang berkhidmat sebagai peguam syarie, guru² sekolah, jurutera, pensyarah, pegawai kaunseling, peniaga yang berjaya dan macam² lagi kerjaya yang cemerlang.

Rupanya.. ruang dan peluang itu sentiasa ada.. sebab Allah dah janji, setiap manusia ini dah ditentukan rezekinya.. cuma kita perlu la berusaha untuk mendapatkannya.. Allah.. ampunkan aku atas kejumudan dan keterbatasan fikiran ketika itu.

Tak rugi wahai anak² untuk belajar agama.. jangan pernah lelah atau bosan.. waimma pendidikan secara formal mahupun tidah.. belajar agama dengan dengar ceramah di masjid, tazkirah di media sosial.. tetap namanya belajar.. peribahasa melayu mengatakan, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Maka, usahalah untuk belajar dengan niat nak membantu agama Allah.. sesiapa yang membantu agama Allah, Allah pasti membantunya kan.. teruskan berusaha.. jangan takut, jangan risau tentang rezeki. Yakin pada Allah.. pasti semua yang terbaik Allah akan beri..

Ingat. Allah dulu, nanti Allah akan bantu & Allah akan urus.. Seeru ala barakatillah..❤❤❤