JellyPages.com

Saturday, September 11, 2010

Salam AidilFitri..


Assalamualaikum sume.. lmanye saya x bkak blog saya ni..berbulan2 jugak la.. arini tetiba plak saya nk bkak.. hehe..

Dalam kesempatan ini, saya nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & maaf zahir & batin... kpd sesiapa yang kenal diri ini, saya ingin memohon ampun dan maaf andai pernah terkasar bahasa, atau menyinggung perasaan anda sume..

0-0 ea..
k la.. nk g beraya.. daaa....;-)

Monday, April 12, 2010

UkHuWah FiLLaH AbAdAn AbAdA

rindunya kt kawan2 lama.. wahai samuskd'an.. harap kawan2 sume sihat

Thursday, April 8, 2010

ANUGERAH DEKAN




Wah.. letih.. tadi aku n kawan2 ad hadiri majlis anugerah dekan.. wah.. kali ni agak meriah lau nk di bandingkan dengan sem2 lepas..wat kt dewan besar.. selalu kt dewn kuliah je.. huhu.. tapi kali ni aku agak happy la.. cz kawan2 aku ramai jyang nek pentas.. bahagia sangat.. kawan2 aku bijak2 belaka.. kos aku je lbh kurg 30 org dari 70 owg nek pentas td..

Nak cte perjalanan program 2 la.. mula2 kitorg masuk dewan 2 di sambut mesra oleh jejaka2 n puteri2 PMKI.. pas masuk 2.. ktorg di bawak ke tempat yang di khususkan untuk penerima anugerah mengikut syu'bah.. syu'bah ak dapt tmpat paling awal sekali..pastu dia susun ikut senarai pointer.. bru duduk beberapa minit, sowg exco PMKI swuh ktowg sedia untuk nek pentas.. dye kata ktowg ni salah susunan.. pastu terpaksalah ktowg kua dewan n masuk ikut pintu belakang...

Pas2, ktowg beratur la ikut cm susunan nama td.. makin debo ak d'wt'y.. nama ak yg ke-4 dari dak kos ak.. mula2, dia pggil dak sem1.. pas2 masuk sem kitowg stat ngn Salamah, Saiyidi, Seha,bru ak...n pas2 yg len2.. bila je pengerusi sebut nama ak...... maka aku pun melangkah kaki dengan penuh keyakinan, bajet control jalan... haha.. padahal segannnnnnn.. nek pentas, KJ yg sampaikan sijil.. maka, tibanya aku di pentas, sijil pn dihulur.. dengan ucapan terima kasih, ak pn dengn selambanya tundukkan kepala berjalan menuruni tangga.. lepas saja tangga last, fuhh! lega.. jd xsegan balik.. duduk la kt tempat asal mula2 duduk td... sambil duduk 2, ak pn tengok la org len amik sijil ats pentas 2.. ramai yg DL.. alhmdulillah.. dia sebut ikut jabatan.. syariah, kmudian usuluddin, Aqsa, Dakwah, Sejarah Tamadun n last sekali jabatan sains sosial.. sambil2 tu kn.. tengok la pe ak wt.. huhu..ak dok sbuk amip pic org.. hehe.. pas2 en..da bis tamat sumenye, ak n dak2 kos aku pn dok posing la kt depan DABS 2.. sume ngn dak2 laki ktowg amik pic.. kenangan 2.. yla bukn slalu en.. kali ni best sgt.. ramai kwn2 dapat dean list.. ALHAMDULILLAH... pas2 kami pulang ngn sekeping sijil ditangan dengn gumbiraaa.. hehe.. wassalam..

Wednesday, April 7, 2010

Tension???


Minggu dpn ni study week daa... diam x diam da nk habis sem4 ni.. tinggal nk tunggu final je.. debo rase.. xtaw la kali ni cmne kputusan aku.. harap2 leh la DL lg en.. sem ni subjek ckit je.. tp banyak benda kne wt.. assignment, test, tasmik g.. macam2.. tp sume 2 pengalaman en..

Walau pngalaman pn tnsion gk.. aku nk cte la sal sorg kawan ak ni.. dia makin dekat ngn exam, makin la tension.. td baru je dia luah kt aku 'ketensionan' dia tu.. kesian btol.. banyak sgt kne tekan.. nk cte kwn aku ni, rois kelas.. dalam masa yang sama dia jugak exco bg 1 persatuan ni la.. kesian.. banyak tol tekanan.. dengan kelas, persatuan g.. dalam kelas rini ad lebih kurang 3 test dye ada.. berturut2 sampai malam ni.. ps2 ustaz baru g taw sal test.. dye g taw kt budak2 kelas, tp dak2 marah.. kate lmbat bg taw dyorg.. padahal ustz bru je g taw.. dak2 tekan dia.. bukan nk sokong.. bg ak, jd kawan tu hargai la pe kwn wt en.. da xpasal2 kawan jd tertekan.. pas2 malam ni persatuan dia ada wt progran.. dia pn jd salah seorang AJK en.. t petang bis test kne g tmpat program.. kne kemas tempat.. malam ada kelas, ps kelas g program 2 plak.. cian.. dia tertekan la sbb org atas, kwn2, sume tekan dye wt keje.. bukn nk tolong....kesian en.. bahaya ble tertekan en.. macam2 bleh jd..

So, moralnya kte kne la hargai orang yang banyak berjasa dengan kita..jangan la kte bg tekanan kt dia.. tapi kte kne la bantu dia.. x tolong pn skurang-kurangnya bg la sokongan moral..n kesimpulannya,,,,, bukan senang nk jadi pemimpin en...

Bagi yang tension2 2.. tenang2 la ea.. jangan pk sangat masalah yg ada 2..pikirkn ala 2 ujian yang Allah bagi.. "Allah x akan bg ujian kt hambanya klw hambanya 2 xleh nk tanggung"..jumpa len kli.. salam..

CERMIN DIRI SENDIRI

Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya:


"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." H. R. Muslim

Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang di alami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap ugama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun jangan sampai menganggap diri kita 'perfect' dan orang lain tidak setanding dengan kita.

Mudah-mudahan ALLAH swt. dengan limpah kurnia Nya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN

Riwayat: Muslim

Monday, February 1, 2010

KESAN ZIKIR TERHADAP OTAK


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas..

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya