JellyPages.com

Tuesday, June 7, 2011

Sahabat



Salam ukhuwah semua..

Hari ini, nk cerita 1 kisah.. kisah persahabatan.. dulu time kcik2 mesti kita semua pernah dengar banyak kisah persahabatan haiwan2, para nabi dan kisah ibu bapa kita sendiri kan.. seronok rasanya bila nak tido mak kita bacakan cerita kat kita sebelum tidur…

Antara yang paling di ingati sekali adalah kisah sang monyet dengan tupai.. ramai yang tau cerita ni kan? Lau yg da kurang ingat tu, meh ana tolong ceritakan ea..ceritanya lebih kurang begini...

Pada zaman dahulu, ada seekor monyet.. dia berkawan baik dengan si tupai.. mereka selalu mencari makan bersama, kerja sama2, borak sama2, belajar sama2, dan kadang tidur pun bersama.. memang ukhuwah mereka ni baik.. walau dari jenis berbeza, mereka terlalu rapat hingga pelbagai aktiviti harian mereka sentiasa dilakukan bersama.

Pada suatu hari, mereka sedang bermain bersama.. tiba2 sang tupai jatuh sakit.. sang monyet pun usaha untuk tolong sang tupai..  sang tupai berdegil, lalu sang monyet memanggil sahabat rimba mereka untuk menghantar tupai pulang..

Seminggu tupai sakit.. sang monyet pun xde kawan nak bermain, lalu monyet pun mencari kawan lain untuk bermain bersama.. sementara sang tupai, dia berusaha untuk sembuhkan diri.. tapi makin tenat dan doctor rimba mengesahkan sang tupai terkena penyakit aneh dan hanya akan sembuh melainkan dengan hati monyet…

Lalu keluarga tupai berusaha untuk mendapatkan hati monyet.. puas mereka mencari.. x jumpa2.. akhirnya, tupai mendapat idea.. iaitu sang tupai hendak mengambil hati monyet untuk menyembuhkan penyakitnya.. tanpa pengetahuan monyet, tupai telah mengenakan perangkap untuk menjerat monyet.. akhirnya jerat itu mengena, dan tanpa rasa bersalah dan belas kasihan, tupai menikam bahagian perut monyet dan terus ke bahagian hati.. lalu dia melapah hati monyet tanpa rasa belas kasihan..

Kekejaman perbuatan tupai telah di perhatikan oleh sang enggang dan sang enggang telah melaporkan kepada raja singa.. tupai yang kini telah sihat sepenuhnya berasa gembira bermain tanpa mengetahui apa balasan yang bakal menimpanya nanti..

3 hari kemudian, raja singa bersama rombongannya menyerbu ke rumah sang tupai dan menangkapnya.. sang singa mengenakan hukuman qisas terhadap tupai.. lalu tupai pun mati.. habis..hehe

Moral of the story, renungkan la hadis ni..

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu merampast transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya. Taqwa itu berada di sini, beliau menunjuk dadanya tiga kali. Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya". (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya’. (HR. Muslim,)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ الحجرات10

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)


"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Wallahua'lam.

Saturday, June 4, 2011

Pengalaman

-->
Salam semua sahabat.. harap antum semua dalam keadaan sihat dan ceria.. lama tinggal blog ni.. kalau rumah, maunya bersarang ngn sarang labah2 da ni..hehe

Alhamdulilah,  bersyukur kepaad Allah atas segala nikmat yang di Kurniakan… nikmat sihat, rezeki, ilmu, dan banyak lagi… setelah berhempas pulas selama 3 tahun belajar di peringkat diploma,  Alhamdulillah ana dan sahabat telah Berjaya menamatkan pembelajaran dan bersyukur atas keputusan yang kami dapat…

Bagi mengukuhkan lagi ilmu yang ada, ana dan beberapa orang sahabat, kini sedang menjalani Program Sijil Falak UniSZA sesi 2010/2011.. Alhamdulillah perbagai ilmu, manfaat,cabaran,  dan keseronokan mempelajari ilmu ini walau baru 2 minggu kami belajar… kursus ini bermula pada 23 Mei 2011 dan tamat pada 21 Jun 2011…kursus ini antara lain bertujuan untuk mengkaji dan meneroka keagungan dan kebesaran Allah, di samping manfaat kepada diri, agama, masyarakat dan Negara.

Pelbagai pengalaman di peroleh.. antara pengalaman yang menarik adalah belajar memasang alat teodolit.. alat yang digunakan untuk mengukur tetepatan sudut untuk melihat anak bulan, atau memfokus objek yang jauh.
memasang teodolit sebelum mencerap

amali memasang teodolit
Alhamdulillah, dalam kursus ini kami berada pada tarikh yang sesuai.. pada 28 Mei 2011 yang lalu, kami dapat mengukur ketepatan arah kiblat ketika mana matahari berada betul2 di atas Kaabah pada jam 5.16 petang.. kami dapat melihat bayang2 matahari pada sudut arah kiblat.. pengalaman yang menarik..^_^

Pada 2 Jun 2011,  kami di bawa ke Balai Cerap KUSZA di Merang, Setiu Terengganu. Di sana, kami menjalani amali mencerap anak bulan Rejab selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Jun 2011.. pada hari pertama, perasaan kami agak hampa kerana menurut perkiraan kami melalui kaedah hisab, pada tarikh tersebut anak bulan akan kelihatan.. tetapi disebabkan faktor cuaca dan awan yang tebal, anak bulan tidak kelihatan.. tapi pada 3 Jun, kami amat bertuah kerana dapat melihat anak bulan dengan menggunakan pelbagai peralatan seperti teleskop, binocular, dan teodolit. Hatta dengan mata kasar pun kami dapat melihatnya.. subhanallah, amat menakjubkan ciptaan Allah..
suasana ketika mencerap

persediaan.. menyemak koordinat pada tiodolit
anak bulan rejab yang kelihatan.. gambar diambil dari peralatan teleskop
Sambil tengok anak bulan tu, kami sempat la tengok pemandangan time senja.. so sweet dapat tengok matahari terbenam dari atas bukit.. subhanallah.. cantikkkk.. 
suasana senja

Bersambung akan datang.. wallahua’lam..^_^

Lawatan KL



Salam..apa khabar semua? Hope antum sentiasa sihat dan dalam keredhaan Allah hendaknya..  lama rasanya ana tak bkak blog ni.. agak bzy ckit la.. ana sekarang tgh dalam tempoh kursus sijil falak UniSZA..=)

InsyaALLAH pada entri kali ini ana nak kongsikan kepada antum tentang lawatan ana dan sahabat ke Kuala Lumpur dan Selangor sebulan yang lalu.. tujuan lawatan tu untuk nak merapatkan lagi ukhuwah antara kami student syariah sem6… sambil2 konon nk release tension.. kami kan dah habis Diploma.. lagipun,  habis je exam, malam tu kami terus bertolak ke Kuala Lumpur.. Alhamdulillah program berjalan lancar, walau pada asalnya mempunyai kekangan dan mehnah yang datang sehingga terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir.. Alhamdulillah, hasil kerjasama semua, program tersebut akhirnya diteruskan  juga.. syukur.. semua ini Allah yang menentukan.. kami sebagai manusia biasa hanya mampu merancang..

Ok, kita terus ke program lawatan ana dan sahabat.. sangat menarik.. tak sabar rasanya nak cerita..hehe.. ok, 4 Mei 2011, malam tu kami bertolak dari UniSZA pada jam 10 malam.. Alhamdulillah.. kira2 peserta ada la seramai 38 orang.. dan kami di temani oleh seorang pensyarah iaitu Ustaz Azizi.. walau jumlah yang join lawatan ni separuh je dari keseluruhan kami, tapi tak pe lah.. kami happy juga.. kita tak boleh memaksa orang untuk join en..lau terpaksa, mesti rasa tak syok nak berjalan nanti.. cam dalam islam.. “ La Ikraha Fiddin : tiada paksaan dalam agama” sama juga dalam hidup kita kan..apa yang penting adalah ikhlas..^_^

Teruskan cerita… Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi pertama kami iaitu di Masjid Negeri Selangor iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam..  subhanallah.. walau berada di tempat sendiri, bila melihat rumah Allah yang tersergam indah itu, memang mengkagumkan kami.. senibina islamnya memang unik.. tampak besar dari luar, bila masuk subhanallah.. memang cantik.. berada di sana pada waktu subuh, bila melihatkan ramai jemaah dalam masjid tersebut, sejuk rasa hati.. Alhamdulillah, masih ada lagi yang mampu untuk bangun awal dan menuju ke rumah Allah..
masjid Negeri, Negeri Selangor... Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kami mempersiapkan diri untuk menuju ke destinasi seterusnya.. destinasi kami yang seterusnya adalah pusat kesenian islam yang dikenali sebagai Yayasan Restu  yang terletak berhampiran masjid Negeri Selangor..sebelum ke Yayasan Restu,sementara menunggu bangunan tersebut di buka, kami sempat singgah di Taman Rekreasi bersebelahan bangunan Yayasan Restu…menghirup udara segar di pagi hari, memang indah. Sambil bersiar bersama para sahabat.. indahnya.. kemudian pada jam 8.30a.m kami terus menuju ke Yayasan Restu..dari luar bangunan kami sudah tertarik denagn seni binanya yang berbumbung berbentuk seperti al-Quran yang terbuka.. Di sana ana amat teruja dengan penerangan salah seorang pegawai  yang bagi ana memang mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah penulisan al-Quran.. kami amat berasa senang hati dengan layanan yang amat baik di sana..

Pelbagai informasi berguna dapat kami kutip di sana yang mana semuanya berkaitan dengan penulisan kitab suci al-Quran.. kami di bawa masuk ke galeri al-Quran yang mana menceritakan tentang sejarah penulisan al-Quran, jenis2 al-Quran,  alat2 untuk menulis ayat al-Quran, corak2 dalam al-Quran dan sebagainya.. amat menarik dan ilmu yang amat berguna.. sebelum kami masuk ke galeri tersebut, kami di bawa masuk ke dewan penerangan untuk mendapatkan penerangan ringkas tentang Yayasan Restu.. subhanallah..ternyata usaha mereka dalam memartabatkan kalam Allah Yang Maha Suci amat mengagumkan.. semoga segala usaha mereka akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah. Amin..
Simbolik n penuh makna.. di Yayasan Restu

bilik seminar di Yayasan Restu
Setelah bersalaman dan berterima kasih kepada pihak Yayasan Restu, kami di bawa ke kedai cenderahati.. subhanallah.. semuanya cantik dan berseni.. kami di maklumkan barang-barang yang dijual  di sana adalah untuk kos operasi Yayasan Restu dan tidak untuk keuntungan mana-mana pihak..juga naskhah2 al-Quran yang dicetak dan di edar oleh mereka tidak ada sebarang keuntungan bagi mana-mana pihak, tetapi hasil yang diperoleh adalah untuk kos operasi Yayasan Restu sahaja… *terima kasih atas layanan yang terbaik dari pihak Yayasan Restu.. kepada sahabat2 yang belum pernah memjejakkan kaki ke sana, ana amat menggalakkan antum semua ke sana.. kutip lah ilmu sebanyak mungkin.. bezzz sangat.*^_^

Destinasi kami seterusnya, dari Shah Alam kami terus menuju ke Kula Lumpur City Centre (KLCC). Sampai di sana, kami menuju ke Pertrosains untuk mengitip ilmu lagi di sana.. harapan kami, lawatan dan perjalanan kami ini di berkati Allah.. KLCC bagi ana hanya tempat membeli belah untuk mereka yang minat barangan berjenama dan poket penuh la..hehe.. ana yang kurang minat shoping ni, dengan kawan-kawan yang lain menju ke Petrosains.. walau hanya sebahagian yang masuk, Alhamdulillah, kami dapat harga tiket untuk pelajar dan memang happy dalam tu..

Pengalaman kali ni memang bez.. walau ana dah pernah menjejakkan kaki ke sana ketika sekolah menengah dulu, tapi kali ni dengan kawan-kawan U pulak.. memamg seronok.. banyak sangat aktiviti yang kami teroka dalam tu.. macam2 benda baru kami jumpa.. lagi2 pasal sains.. macam2 alat kami cuba, dengan pelbagai experiment lagi.. memang happening.. paling bez, ble kami dapat naik halikopter.. terasa betul-betul terbang di angkasa dengan halikopter tu menuju ke pelantar minyak.. seronok.. ada juga bila kami jumpa dinasour menyanyi.. namanya t-rex.. rasa cam ana berada di zaman dinasour palk..hehe..

Pelbagai aktiviti kami buat.. tapi kekangan masa sedikit kecewakan kami.. tak dapat teroka dan hayati sepenuhnya aktiviti dan pameran dalam tu.. tak pe lah.. papepun Alhamdulillah, kami dapat juga kutip ilmu yang bermanfaat di sana.. sekurang-kurangnya takde la kami pulang dengan tangan kosong… walau kami tak shopping apa-apa, kami bawa ilmu yang berharga, n lagi mahal dari barang-barang dalam KLCC tu taw!

Seterusya, petang tu, kami terus menuju ke kampus UKM di Bangi.. kami telah mendapat kebenaran untuk menginap di Kolej Kediaman Pendeta Za’ba di sana.. masuk sahaja ke dalam kawasan Kampus UKM, kami terpesona..besarnya Universiti ni.. jauh beza dengan U kami tercinta..huhu..

Petang tu kami berehat dan bersiap untuk majlis Annual Dinner malam nanti.. mada jam 8.00 malam, kami di bawa ke “Perantau Hill”, sebuah medan selera yang besar dan menarik.. kami mengadakan Jamuan Makan Malam di sana.. walau Annual Dinner kami simple, tapi kami tetap berpuas hati.. Alhamdulillah, yang penting, perut kenyang.. hehe.. dan malam tu kami pulang dalam kekenyangan dan…………..tido la..hehe

sebahagian hidangan Annual dinner
suasana annual dinner
Keesokan paginya, kami bersiap untuk check out dari hostel.. usai bersiap, kami menaiki bas menuju ke Pusat Sains Negara di Mont Kiara… sekali lagi, ana dan sahabat tak lepaskan peluang mengutip khazanah ilmu yang memang banyak dan tak ternilai di sana.. pelbagai aktiviti menarik berkaitan sains di sana.. kebetulan semasa kami ke sana, sedang di adakan pameran dinasour  “Dinos Alive!”.. bez sangat.. rasa macam dinasour tu betul2 wujud depan mata.. pandai orang yang buat dinasour tu.. look so real!  Tak puas nak tengok.. tapi kat sana ramai kanak2 dan pelajar sekolah.. rasa cam muda la pula bila ada kat sana..*hehe..perasan pulak..*

Dari 1 galeri ke 1 galeri kami masuk dan jelajah.. macam-macam ada.. pelbagai aktiviti menarik mereka sediakan.. pelbagai aktiviti interaktif di sana.. lagi-lagi naik tingkat 2, mentang2 pasal dinasour, dalam tu pelbagai jenis dinasour, tulang2, rangka, dan pelbagai maklumat ada.. tapi dalam tu, memang seram..macam masuk rumah hantu.. gelap, bunyi dinasour, dengan dinasour tu gerak-gerak, banyak jenis pulak tu.. tapi bez..hehe

Selesai pusing, habis jelajah semua yang ada kat sana, kami keluar.. bermain-main dengan ikan dalam akuarium.. seronok..kat rumaah tak dapat buat macam tu, takot mak marah, kat sana lah peluang nak buat..hihi

Pusat Sains Negara
dinasour mari
Usai melawat Pusat Sains Negara, kami di bawa ke Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.. konon nak bershopping.. ana yang tak berapaminat shoping, jalan2 sekejap je.. tak larat, kami  menuju ke masjid.. asalnya nak solat je.. tau2… tertidur.. keletihan berjalan kan..

Malam tu kami bertolak pulang ke UniSZA… alhamdulillah, segala yang di rancang telah Berjaya di laksanakan.. semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua wahai sahabat2ku.. mohon maaf kalau ada buat salah silap.. jumpa lagi lain waktu.. daaa..
sahabat2..
WASSALAM..