JellyPages.com

Friday, April 29, 2011

LAWAK : Loghat



 Time belek-belek gambar dalam laptop, Teringat 1 kisah pada bulan lepas.. ana dan sahabat sekelas pergi ke Hutan Lipur sekayu.. sambil tengok gambar tu, ana tergelak sendiri bila teringat sahabat ana. Time rehlah  tu,  kami ada buat barbeque…*belit lidah nk sebut..huhu*.. time tu kami buat bakar-bakar  ayam.. kisah ni antara sahabat ana dari Negeri 9, dan seorang lagi sahabat dari Terengganu..


Time nak bakar ayam kan kena letak minyak-minyak sikit kan.. sahabat ana yang dari negeri 9 ni tukang bubuhnya.. bubuh punya bubuh, sampai ayam tu nampak macam mandi.. basah dengan minyak yang dicampur sedikit air rempah ayam yang di perap.. 

sahabat ana yang dari Terengganu ni tegur la, dia kata:

“boh la, boh.. nanti lambat kering ayam tu..”

Sahabat ana yang dari negeri 9 ni pun letak lagi, bubuh makin banyak..

Sahabat dari Terengganu kata : “ boh la minyak tu”

Sahabat ana bubuh lagi..

Last2, sahabat ana yang dari Terengganu ni geram, pergi rampas minyak dan serai tadi…

Bila di Tanya “ mu paham dop pe yang ak suwuh td?”

Upenya sahabat ana tak faham.. rupanya dia faham perkataan “boh” tu “bubuh”.. haha.. habis tergelak sahabat yang lain yang dengar kejadian tu..


*dalam loghat Terengganu, (boh) bermaksud “cukup lah.. dah la tu”.. jangan salah tafsir tau.. bahaya..*




Situasi ke 2… sahabat ana (ina) pernah bercerita.. dia kata dulu dia ada sahabat dari K.L (Lin), datang Terengganu..  1hari, time mereka berjalan-jalan,  mereka ternampak ular..


Lin : ular!!! Ular!!! Ular!!! (sambil jerik ketakutan).

Ina : katok!!! Cepat katok!!! Katok!!! (dalam ketakutan).

Maka berbalah la mereka berdua.. seorang kata ular, seorang kata katok.. padahal pada realitinya ular yang berada di hadapan mereka.. haha..


*dalam loghat Terengganu, (katok) bermaksud “ketuk/ pukul”.. dalam situasi tu, dia suruh ketuk kepala ular tu.. banyakkan belajar bahasa melayu dalam pelbagai loghat..*



Situasi ke3… kisah antara 3 sahabat yang berlainan negeri.. mereka bersama berjalan meronda2 di Bandar kuala Terengganu . tiba-tiba mereka rasa nak makan durian.. so, mereka pergi la ke Pasar Payang... seorang dari Terengganu (wawa), seorang dari Kedah (mimi) dan seorang dari Selangor (nana)…  setelah parking kereta, mereka singgah untuk membeli buah durian di tepi pasar Payang..

Wawa : bape riyal skilo ni mokcik?

Makcik : RM3 je dik.. nok bapo kilo dik?

*mereka bertiga berbincang.. akhirnya bersetuju nak beli..*

Mimi : mokcik, bagi kami 3biji dah la..

nana:  nanti, mkcik tolong kopek durian ni ea.. kami tak pandai kopek la..

*tercengang mkcik tu dengar… *

Wawa: uih! Bahasa tu.. (sambil berbisik)

*nana garu kepala.. tak faham..*

Setelah siap bungkus, dan di buang kulitnya oleh makcik tadi, wawa Tanya tentang harga..

Wawa : bapo hargo sumo ni mokcik?

Mkcik : 8 riyal da la..

Wawa menghulurkan wang Rm50 kepada makcik tadi..

Wawa: ni duitnya mokcik..

Mkcik: eh! Besarnya.. mokcik xde duit baki ni..

Nana pun membuka purstnya, juga hanya ada RM50..

Mimi : aku ada duit kecil.. jap ea..

 kemudian mimi teraba-raba begnya..kemudian..

mimi : alamak! Kopek aku tertinggal dalam kereta la.. jap ea..

sambil mimi berlari ke kereta, makcik tadi tercengang memdengar kata-kata mimi tadi..

wawa..tuduk malu sambil garu kepala..

nana… masih tak faham…


dalam perjalanan pulang, wawa menceritakan tentang peristiwa tadi.. tergelak sakan la mereka..haha


*perkataan (kopek) bermaksud:

di kawasan pantai Barat ia bermaksud “ kupas/buang kulit buah”.. perkara biasa la kan..

Di utara pula..ia bermaksud “purst/ dompet/ tempat simpan duit”

Tapi di timur… JANGAN sesekali anda mengungkapkan perkataan tersebut.. bahaya! Ia bermaksud “payudara”..*



p/s: pelajari la bahasa dari pelbagai negeri..huhu


Sekadar gurauan..Wallahua’lam..


Coretan hati : catatan dari bumi UniSZA


Salam to all readers.. antum semua sihat? Ana hope smua sihat.. ana pun beransur sihat da.. alhamdulillhah..=)

Tadi sebelum ana buka blog ni, ana buka akaun facebook ana.. buka2, add mana kawan2 sekelas yang tak sempat nak add sebelum ni.. sambil2 tu, tengok berita sahabat lama dari sekolah menengah..kerinduan pada zaman sekolah dulu datang da..  I miss u all SAMUSKD’an..^_^

Tiba-tiba kesedihan datang menjengah ke sudut hati ana.. diam tak diam dah 3 tahun ana berada di bumi Barokah UniSZA ni.. alhamdulillah, terasa nikmat menuntut ilmu di sini.. namun, terlalu dhoif ilmu dalam dada. Ana agak sedikit terkilan kerana walau terlalu banyak peluang ilmu di bumi ini, ana xmenggarap peluang tersebut.. terlalu banyak masa yang ana sia-siakan.. tak pe lah.. insyaAllah, di masa akan datang ada peluang lagi ana akan rebut semampunya..

Kan kata pujangga arab ada bermadah:
"طلب العلم من المهد إلى اللهد"
“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Secara tak langsung, tinggal beberapa hari sahaja lagi perjuangan ana dan sahabat-sahabat di tahun akhir di sini… 3 tahun bersama.. lepas ni kita semua akan berpisah.. sedih, pilu rasa hati ni.. habis pengajian diploma ni, masing-masing mesti ada haluan sendiri.. mungkin ada yang teruskan perjuangan ke peringkat ijazah, mungkin ada yang akan ke luar Negara tuk ambil pengalaman dan kutip ilmu di sana, dan mungkin ada yang bekerja dan ada kahabar-kahabar ramai gak teman-teman yang  nak langsungkan perkahwinan.. alhamdulillah..apa pun antum da buat, ke mana pun antum pergi, insyaAllah diri antum akan sentiasa di rindui.. *mana yang dekat da bau-bau nasi minyak tu, jemput-jemput la ea..*

Terimbau kenangan3 @ 4 tahun lalu.. betapa berat kaki ini nak melangkah meninggalkan SAMUSKD tercinta, kali ini sekali lagi peristiwa yang sama akan berlaku.. ana akan melangkahkan kaki keluar dari UniSZA yang penuh barokah ini.. terlalu banyak kenangan dan memori selama menuntut ilmu di bumi Terengganu ini.. pelbagai suka dan duka, susah payah, semua di kongsi dan di hadapi bersama teman-teman.. 3 tahun berada di perantauan memang banyak yang ana dan sahabat dapat pelajari..

Tak mengapa lah.. ini semua jalan yang ana pilih..di samping ketetapan Yang Maha Kuasa.. andai ana masih di takdirkan untuk mendaki puncak kejayaan, mengutip khazanah ilmu yang berharga di sini, insyaAllah itu yang terbaik.. namun, jauh di sudut hati ana, keinginan untuk menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ terlalu tinggi.. namum, “Redha Allah pada Redha ibu bapa”.. ana tidak akan mungkin menjejakkan kaki ke sana.. restu ibu ayah amat penting lebih-lebih lagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu.. Namun ana redha.. mungkin memang itu ketentuan takdir untuk ana, dan di sandarkan pada ibu ayah ana.. secara tak langsung, ana terfikir mungkin semua ini berhikmah.. insyaAllah…*kepada sahabat yang dapat peluang belajar di bumi Anbiya’ tu, kutip lah ilmu sebanyak mungkin, kerana antum semua golongan yang telah terpilih oleh Allah.. insyaAllah doa akan sentiasa kami iringkan untuk antum.. barokallah..*

Namun begitu, ana tahu hati ini ingin sekali  menjengah ke gedung ilmu yang lain untuk menimba ilmu.. demi  ilmu, demi cita-cita, di samping pengalaman dan suasana kehidupan baru pasti akan serba sedikit mengajar kita erti kehidupan.. walaupun pilihan bagi ana untuk menyambung pengajian ijazah hanya tertakluk dalam negara sahaja, ana tetap inginkan sesuatu yang terbaik.. ingin sekali  meneroka tempat dan suasana yang baru, tapi segalanya hanya terserah kepada ALLAH Yang Maha Kuasa…

Apa-apa pun, setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan dan takdir yang telah di tentukan sejak azali lagi… kita hanya perlu berdoa dan berusaha..
“..man jadda wajada..”

wallahua'lam..

Wednesday, April 27, 2011

Ujian



Salam.. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini kita masih dapat bertemu…
Alhamdulillah, dalam mengharungi minggu final exam ni, ana  dan sahabat dah lalui 3paper.. ada lagi 2 paper.. dalam menghadapi ‘peperangan di medan peperiksaan’ ana sekali lagi di uji.. kesihatan yang kurang baik.. sungguh.. ana memang tak terdaya.. badan terasa terlalu lemah, di tambah tidak dapat melelapkan mata di malam hari dek kerana selsema yang teruk dan disusuli batuk-batuk. Badan terasa panas…

Sungguh begitu, ana tetap menggagahkan diri bangun di awal pagi sebagai persiapan waktu subuh dan persiapkan diri menuju ke dewan periksa…  lemah terasa badan.. namun, demi  tuntutan  dan kewajipan ana, ana terpaksa gagahkan diri… dalam dewan periksa, ana sungguh tidak dapat menumpukan perhatian pada soalan.. seperti  biasa, ana cuba berkomunikasi dengan kertas peperiksaan tersebut, di pandang seperti senang dan mudah kerana berkaitan dengan apa yang di pelajari selama ini… tapi, terasa beratnya nk mengangkat kepala… bersin.. jangan Tanya brapa kali.. rasa cam mengganggu orang lain jawab exam je bersin kuat-kuat tadi…

Masa exam 2jam.. tapi bagi ana masa terlalu singkat.. tak mampu ana nak kejar.. lemah rasa tangan ni nak menulis.. tapi Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan kepada ana untuk meneruskan menjawab…walau apa pun ana tetap berpuas hati dengan usaha yang ana dan buat selama ini, dan yang tinggal hanya doa dan tawakkal kepada Allah…

 Firman Allah Taala : “....dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya)”. (surah at-talaq : 2)

Selesai menjawab, terus ana dan sahabat menuju ke kafe.. malas nk balik dulu.. leceh nak bersiap nanti.. hehe… sampai di kafe, ana teringat akan panggilan telefon dari ibu ana malam tadi. Beliau memberitahu supaya berjumpa adik ana yang juga belajar di Terengganu ni sebelum dia pulang ke teratak syurga kami di kampung.. sungguh, terasa malas yang teramat.. tapi ana gagahkan juga kerana pesan mak kan..  terus bertanya pada sahabat.. minta temankan.. Adik ana ketika itu berada di Pasar Payang, Kuala Terengganu...  tak lama kemudian, ana menuju ke sana..

Sampai di sana kami dapat jumpa adik ana sekejap sahaja kerana ketika itu jam menunjukkan jam 12.30 tengah hari.. adik ana perlu bergegas pulang ke kolejnya (KIST) kerana perlu ke kuliah pada jam dua serta memandangkan jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke KIST di Kuala Berang memakan masa lebih kurang 1jam.. walau sekejap, nikmat dapat berjumpa darah daging sendiri, memang gembira.. tambah pula kami lama tak bertemu.. ^_^

Usai bertemu adik ana, sahabat mengusulkan ke kedai cenderamata di kawasan Gong Badak.. untuk keperluan program akan datang katanya.. walau ana kurang sihat, tapi tidak menghalang ana mengikuti saranan sahabat-sahabat ana.. lagipun, ana perlu tunjukkan rasa terima kasih kepada mereka kerana telah menemani ana ke Bandar tadi.. niat ana nak ke klinik, tapi melihat sahabat yang agak keletihan, ana membatalkan hasrat tersebut.. di tambah cuaca yang sangat panas di waktu matahari tegak di atas kepala.. kasihan mereka nak tunggu ana nanti…

Sampai di asrama kami berehat.. ana pun rasa berat sangat kepala ni.. selsema…rasa terlalu lemah badan… tak terdaya rasanya.. tapi sambil mengambil masa untuk merehatkan badan, terfikir sejenak… teringat pesan mak ana.. beliau kata “tak pe sakit sikit.. tu kan hadiah dari Allah.. tanda Allah sayang kita.. tanda Dia ingat kat kita.. lagipun, sakit tu kan penghapus dosa kecil.. bersyukur la…”. Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini..ana yakin, pasti ada hikmahnya kan.. Terima kasih mak atas pesan yang berguna yang selalu jadi perangsang dari perasaan putus asa.. love u mom!

Firman Allah Taala : “Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) Yang menyatakan segala-galanya Dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.” (al-mu’minun: 62)

Wallahua’lam..


Tuesday, April 26, 2011

MoTiVaSI DIRI


Assalamualaikum.. hye sahabat-sahabat semua.. masih dalam mood exam lagi???  jangan stress2 ye..
meh ana bagi kata-kata semangat sikit..hehe.. jadi pakar psikilogi jap... *marah adik ana kalau dia tau ana amik kerja dia ni..haha*

Sahabat, kalu tension, meh relaxkan minda.................

fikirkan masa depan (pk yg indah2 je tau) => Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

jangan mudah putus asa => Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

sabar =>Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

banyakkan berdoa => Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

senyum sokmo tau! => Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

cari sahabat =>Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang" -Hamka

berfikiran positif => Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

salam imtihan sahabat-sahabatku sayang... 

sayangggg kamu semua.. teruskan perjuangan..


RENUNGAN BERSAMA.......
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut boleh menyakiti, boleh membunuh, boleh menggoda, dan banyak hal-hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan...

hayati semua nikmat dan kurniaan Allah yang ada di sekeliling kita dan jadilah hambaNya yang bersyukur..
so, HARGAILAH DIRI... KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA..(>_~)

WALLAHU'ALAM..


Monday, April 25, 2011

jalan-jalan, joging-joging, suka-suka



Assalamualaikum.. saudara saudari yang di kasihi ALLAH sekalian.. semoga antum sentiasa berada dalam Rahmat dan lindungan ALLAH.

Hari ini ana nak kongsi sedikit tentang aktiviti seharian ana hari ini.. walaupun masih dalam mood final exam, tapi ana dan sahabat-sahabat tidak terlalu ‘menyetresskan’ diri untuk hadap buku je.. boleh jam otak dibuatnya..hehe..

Pagi-pagi seawal jam 6.40pagi, ana bersama 5 lagi sahabat (Zakiah, Athifah, Ajeerah, Zyra, Aqma) menggagahkan diri di saat sahabat lain lena d ulit mimpi, menuruni anak-anak tangga dan……. *ceh,bajet surprise la ni..hehe*

Samb>>> meneruskan rencana kami untuk jogging bersama. Alhamdulillah, pada masa yang dijanjikan, kami berjalan merentasi jalan-jalan di UniSZA.. kami berjalan, sambil-sambil diselangi lari-lari anak.. sampai di 1 kawasan dalam kampus, kami berhenti seketika.. *konon nk tarik-tarik nafas dulu*… 

Tiba-tiba sahabat ana, terpandang sesuatu… Subhanallah.. memang terliur kami tengok.. nk tau apa? Kami jumpa pokok mempelam yang rendang yang sedang berbuah lebat.. kebetulan ketika kami berada di situ,seorang pokcik yang ada di pondok pemandu tu keluar.. kami mintak kebenarannya untuk memetik buah tersebut… tapi, kami bersyukur, pokcik tu tolong kami petik buah tu.. memang terliur dah..besar-besar buah mempelam tu… dan sedang kami asyik tengok pokcik tu kait buah, kebetulan pula bersebelahan pondok pemandu tu ada pokok buah jambu.. Subhanallah, cantik… merah-merah buahnya.. geram kami tengok tau.. kemudian pokcik tadi beri kebenaran memetik buah jambu pula.. syokkkk… rasa cam duduk kat kampung je.. dengan ada tempat duduk/pangkin di bawahnya, kami asyik makan buah jambu tu..  melihat kami yang asyik memetik buah jambu tersebut, pokcik tadi menghulur sebuah bekas untuk mengisi buah-buah tadi.. kalau tidak, confirm time nk bawa buah-buah tu balik bertabur kat jalan.. Kami bersyukur, pagi-pagi da dapat banyak rezeki…  tu salah satu kelebihan tidak tidur selepas subuh..huhu.. *thanks to pakcik driver ambulans UniSZA kerana membantu kami*
sempat posing.. belakang tu la pokok mempelam dan sebelah kiri tu pokok jambu air..hehe

INFO : TIDUR SELEPAS SUBUH


Sabda Nabi:

Maksudnya : Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat at-Tabarani)


Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: “Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melihat anaknya Fatimah r.a yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.


BAHAYA TIDUR PAGI
1)      Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
2)      Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh, bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3)      Tidak mendapatkan keberkatan di dalam waktu dan amalannya.
4)      Menyebabkan malas dan tidak bersemangat. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
5)      Menghambat datangnya rezeki. Ibnul Qayyim berkata: "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi,  sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat."
6)      Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat.

Ha.. dapat da kan info pasal tidur lepas subuh? Tau kan apa bahayanya? So, renung-renungkan..=)
Sambung balik sal ana dan sahabat berjoging.. lepas dapat rezeki yang alhamdulillah banyak tadi, kami patah balik ke asrama untuk simpan buah tadi.. *takkan la kami nak bawa g joging..berat tu..* kemudian, kami teruskan perjalanan kami.. jalan-jalan, joging-jaging.. santai je.. takde la joging pun.. berjalan je.. jalan-jalan di sekitar UniSZA, seorang sahabat ana mengusulkan untuk menuju keluar dari pagar UniSZA.. nak breakfast..hehe

Sampai kat lua tu, kami ke warung D’Hanna.. 1st time ana ke sana.. macam-macan ada... kagum ana.. pagi-pagi lagi makcik kat sana dah boleh siapkan pelbagai jenis nasi.. nasi kerabu, nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang dan macam-macam lagi.. rasabya pun boleh tahan.. setelah kenyang, ana terpandang senarai menu.. tiba-tiba terpandang sesuatu yang menarik dan membuat ana dan sahabat tertanya-tanya.. apa lagi, kami pun try la order.. sambil-sambil tu, kami dapat la lihat cara dia buat tu.. nak tau pe? Kawan-kawan pernah dengar tak Roti Tisu? Pelik kn? Tapi cantik.. bentuk macam topi..hehe

ini la dia roti tisu.. macam topi kan? hehe

Usai makan, kami pergi ke kawasan padang golf UniSZA.. kat sana kami bergambar, dan sempat bermain bola golf yang belum di kutip oleh petugasnya.. ana fikir, ringan, sekali sepak... aduhhhhh.. sakitnya kaki ana tau.. sahabat-sahabat gelakkan je la..haha. kemudian kami Balik, kami berehat di bilik masing-masing dan deal, nak jumpa lepas asar untuk sama-sama makan buah..hehe.
bola golf di padang golf UniSZA yang ana sepak.. sakit..huhu


Usai solat asar, kami sama sama makan di bawah pohon yang rendang di bawah blok asrama kami.. syoknya.. ana supporter kicap & gula, sahabat ana pula buat air teh 1 jug, yang lain bawa peralatan lain.. asalnya kami ber5 sahaja, lama kelamaan ramai sahabat kami panggil tuk join makan buah..hehe.. sambil-sambil makan, main badminton..bergilir-gilir..
macam-macam ada.. buah yang kami petik pagi tadi..


santai makan buah..
main badminton.. sambil sebahagian makan buah..

meh makan sama!
main badminton puas-puas ea..hee

Tak lama lepas tu, datang sahabat ana, faizah. Dia ajak kami semua yang lebih kurang 15orang tu main bola beracun.. best sangat.. lama tak rasa dapat main macam tu.. teringat time zaman kecik-kecik dulu.. ana rasa ukhuwah antara kami makin rapat dengan buat permainan macam tu.. lagi-lagi da semerter akhir ni.. lepas ni mesti kami saling merindui.. semoga kita semua sentiasa dalam UKHUWAH FILLAH!

Thursday, April 21, 2011

Selamat menjalani FINAL EXAM...


Salam to all my sahabat.. hope u all semua sihat-sihat belaka... jangan lupa, serikan hari anda dengan senyuman..hehe..

Hari ini ana dan sahabat 1 batch dgn ana menjalani 1st paper final exam.. debar rasanya.. subjek killer to all of us.. Nahu dan Saraf..huhu.. tapi syukur alhamdulillah, soalan takde la sesusah yang di sangka seperti semester lepas...

Hari ini, pagi-pagi lagi sebelum menuju ke dewan exam, ana sempat menelefon abah & mak ana.. seperti biasa, ana minta mereka doakan di permudahkan segala urusan untuk jawab periksa, dan memohon maaf jika ada terkasar bahasa @ buat salah apa-apa... lepas call mereka terus ketenangan itu datang... tak percaya try buat..hehe

Kan dalam hadis ada menyebut : “Redha Allah pada redha kedua ibubapa, dan murka Allah pada murka kedua ibubapa”.

Juga 1 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud : “ Syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu”.

Dari dua hadis tu kita boleh la faham yang mana pentingnya mohon restu ibubapa kita walau apa pun yang kita nak buat, & doa ibu dan ayah makbul tau.. so, jangan sakiti hati mereka...
Kepada semua sahabat, teruskan perjuangan kita semua n Selamat Menjalani Peperiksaan.. Bit Taufiq wan Najah fil Imtihan... Semoga Success menjadi milik kita.. Aminnnnn...

ni jadual final exam kelas ana... Diploma Syariah Sem 6..

TARIKH MADAH TEMPAT
21/4 Nahu dan Saraf 3 DABS
24/4 Balaghah 2 Othman 03
27/4 Fiqh Muqaran DABS
2/5 Qawaid fiqhiyah Othman 03
4/5 Ahadis Ahkam Othman 03



Monday, April 18, 2011

Wanita Ciptaan Istimewa



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.




Sunday, April 17, 2011

Sepetang Bersama



Assalamualaikum.. salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.. apa khabar semua? Harap anda semua dalam sihat dan sentiasa dalam Redha Allah hendaknya.

Ana nak berkongsi cerita kepada antum semua ni.. semalam, selepas menunaikan solat asar, ana bersama 4orang sahabat ana (pija, hanim, ipah, siha) bersama-sama pergi ke Taman Rekreasi di Bandar Kuala Terengganu yang terletak berhadapan Bukit Besar. Mulanya kami hanya sekadar borak kosong, tak sangka pula jd kenyataan. Tu la, kita hanya merancang.. Allah yang menentukan..

Nak jadikan cerita, ana dan sahabat ana ni pergi kesana sekadar nak beriadah sambil menghirup udara segar la kan… asyik jogging dalam u je, suasana sama je.. *bajet g jogging kt u..Hehe*

Sampai di sana, ana yang pertama kali ke sana rasa seronok bila tengok banyak pokok, kemudahan senaman dan trek laluan untuk beriadah. Ramai juga orang di sana. Ana ni tak de la berjoging pun, sekadar berjalan.. orang kata, kita jalan je pun da boleh turunkan jumlah kalori dan lemak dalam badan..hehe..

INFO : CARA RASULULLAH BERJALAN.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan yang maksudnya : “saya tidak pernah melihat apapun yang lebih indah dari Rasulullah S.A.W. seolah-olah matahari beredar  di wajah beliau. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah S.A.W , seolah-olah bumi dilipat untuk beliau. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan beliau tidak peduli (terhadap rasa lelah kami).” {HR Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh< dan Ibn Sa’d}
ð  Sumber : Syamail Muhammad

 Sambung cerita tadi, bukan sekadar berjalan, ana seronok bermain alat senaman yang disediakan di sana. Tu pun nak main kena berebut dengan kanak-kanak yang lebih kurang umur budak sekolah rendah.. *time tu rasa muda pulak..hehe*…


pusing, jangan tak pusing.. senaman pinggang..
terasa nak angkat berat sambil naik basikal? try la alat ni..hehe
bagi yang malas lari atas trek, kayuh la benda ni..hehe

senaman tangan..

Dalam islam juga mementingkan beriadah untuk menyihatkan badan..kerana badan yang sihat dapat menjamin kesempurnaan dalam beribadah... Ana teringat akan 1 kata pujangga arab  yang bermaksud : “ Akal yang cerdas pada badan yang sihat”.. akhir kata, sentiasalah bersenam untuk kesihatan tubuh kita..=)

Wallahua’lam..