JellyPages.com

Saturday, August 13, 2011

Pasrah

Ya Allah.. ku harap pilihan ini adalah yang terbaik untuk hambaMu ini..

Puas ku memikir dan mempertimbangkan pilihan di hatiku yang terpendam..

Ku tahu, Engkau hanya akan memberi yang terbaik untuk hambaMu..

Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang cukup hebat yang Engkau sembunyikan...

Bantulah daku Ya Allah… kuatkanlah aku..terima kasih atas petunjukMu..


sesungguhnya aku sangat2 bersyukur kepadaMu Ya Allah..

Pelbagai kenikmatan dunia telah kau beri untukKu..

Tiba masanya untuk aku akur pada KetetapanMu..

Beberapa hari lalu diriku dirisik oleh sebuah keluarga yang aku kenali sejak 3 tahun yang lalu..

Dugaan datang tak kenal apa yang tersirat di hati..

Hati ini lama terpaut pada yang lain..tapi apakan daya..

Tiada jodoh..tiada rezeki.. sudah suratan hidupku begitu..

Harapan ayah.. harapan ibu.. mereka berharap diriku diikat pada keluarga lain..

Tapi lain yang datang..

Mak..abah.. maafkan anakmu ea..

Dalam tempoh risikan, aku & bapaku terpaksa bersusah mencari dana untuk menyatukan kami..

Kesana, kemari.. kasihan bapaku.. demi anak, sanggup bersusah..

Lepas lebaran pasti pertunangan terjadi..

Mungkin dalam seminggu tempoh berkenalan..

Sebelum termetrainya perjanjian dan ikatan..

Ya Allah.. andai sungguh ini yang terbaik buatku, aku redha..

Malah aku sangat2 bersyukur..

Permudahkan segala urusanku Ya Allah.

Jauh @ dkat bukan halangan.. kalau itu yang dah di tentukan..

Aku pasrah atas Segala KetentuanNya..






sabarlah wahai UniSZA.. aku pasti dtg padamu..=)


Thursday, August 11, 2011

Tutuplah Aurat


Salam.. hye.. you all pe khabar? (ceh, tetiba je).. puasa camne? Seronok kan? Hope dapat istiqamahkan sampai penghujungnya nanti ea.. jangan curi2 makan plak.. xpasal2 kene ganti nanti..hehe

Entri kali ni saya nak share dengan sahabat wanita.. maybe ianya agak sensitive, tp sensitivity umat islam pun kena jaga.. islam kan agama yang sempurna dalam semua apek kehidupan insan..

Tadi, after terawih, saya dapat 1 pamplet dari AJK surau Darul Anuar.. bertajuk “tazkirah buat wanita”.. isi kandungannnya mengandungi peringatan2  & amaran.. tapi amat baik tuk para wanita..tibe2 pula terpikir... amat menyedihkan bila tengok sahabat2, keluarga sendiri, saudara, sepupu2, artis di media massa dan cetak serta orang2 di sekeliling.. sering dedahkan aurat.. bila ditegur, masing2 nak melenting.. tegur untuk kebaikan pun..

Sekarang, dalam konteks bulan puasa ni.. masih ramai lagi yang puasa, tapi aurat.. MasyaAllah.. dedah sana, dedah sini, yang ketat,sendat, melekat,.. mereka tak fikir ke antara sebab Allah adakan bulan Ramadhan ni untuk apa… baru2 ni.. saya sempat ke bazaar ramadhan.. masyaallah.. ramai sahabat,wanita..pakaian, dengan tak bertudung, rambut ber’dye’, seluar sendat2 melekat.. apa nak jadi ni umat islam semua.. ramai ngaku islam, tapi xtutup aurat dengan sempurna…astaghfirullah..

Sekarang, gaya terkini, ramai Remaja muslimah selesa dengan berbaju lengan pendek yang sangat ketat, dipadankan dengan seluar Jeans yang sangat sendat.. selesa ea korang.. saya yang tengok  ni pun rasa cam seksa je.. wallahua’lam la.. dalam hidup saya xpernah wujud seluar jeans..sekali pun saya xpernah pakai.. takot..nanti jin marah camne..hehe (gurau je).. ha.. dari baju yang ikut bentuk badan tu, bawahnya kan pendek..so, Nampaklah bentuk punggung & pangkal peha korang.. bila bangun, tau pulak nak tarik2 baju tu.. konon nak cover punggung ea.. sedarlah, bangkai gajah tak boleh ditutup dgn daun pisang (betul ke pepatah ni? hehe).. walau pakai tudung, tapi pakaian camni, sorry  la.. ni namanya  “ berpakaian tapi hakikatnya telanjang”.. so, hukumnya tetap sama dengn orang yang dedahkan aurat..

Fesyen camni tak ubah cam pakaian orang kafir.. sebagai umat islam, kita tak boleh meniru atau menyerupai sesuatu kaum lain…. Rasulullah s.a.w pun dah bagi amaran dalan 1 hadis riwayat Abi Daud yang bermaksud : “ sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”.

Beberapa dalil tentang aurat wanita :-

“ hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir” (surah an-Nur:31)

“ wanita yang berwangi-wangian  dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah umpama perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina” (Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)

“sesungguhnya sebilangan ahli Neraka adalah perempuan2 yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang,(menggoda, ketat, seksi, yang cenderung kpd perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana bonggol2 unta , ( didedah dan dibanggakan).  Sungguh, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (hadis sohih riwayat Bukhari dab Muslim).


Tips berpakaian mengikut ciri wanita muslimah :-
1.    1.   Tidak jarang @ nipis dan tidak terlalu ketat
2.     2.  Hendaklah longgar dan tidaklah menampakkan bentuk tubuhnya. ( bukan pakaian yang menggoda).
3.     3.  Tidak menyerupai pakaian lelaki.
4.      4. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.( spt artis2 barat).
5.      5. Bukan pakaian ‘syuhrah’ ( bertujuan untuk mencari popularity)


p/s: sapa sayang ayah n suami, tutuplah aurat.. sebab selangkah anak perempuan @ isteri keluar rumah tak tutup aurat, selangkahlah dekat ayah@ suami kita dekat dgn neraka..

Jom Terawih


Salam ramadhan kpada semua..  alhamdulillah sekarang kita dah masuk ke fasa kedua bulan Ramadhan.. 10 hari dalam fasa keampunan Allah.. cmne puasa antum semua? Hope penuh la ea.. terawih cmne? Masih larat buat 20 rakaat? Harap sentiasa istiqamah la ye.. insyaallah.. besar ganjarannya nanti..

Cerita pasal terawaih ni, saya rasa sedih pula.. mana taknya.. yang pergi terawih semua orang tua2..warga emas belaka.. di mana tenaga muda mudi para remaja? Sedih bila tengok umat islam sekarang ni.. Allah bagi tawaran yang sangat2 hebat ni pun xnak rebut peluang.. tp kalau kt shoping2 complex ada tawaran@sale bukan main laju lagi korang pergi kan.. ramadhan sekali je setahun.. xde Ramadhan, xdenya terawih.. memang ianya sunat je.. tp muakkad.. di tuntut..

Kadang2 saya tercari2 gak..kalau2 ada rakan sebaya saya berterawih.. lepas terawih boleh gak moreh sesame.. tp  xde.. yang ada makcik2 tahap nenek da.. tu pun solat duduk kat kerusi.. sedih taw.. terpaksa kawan dengan orang2 warga emas..huhu

Wahai kawan2 jom lah kita berterawih n tingkatkan n perbanyakkan ibadah dalam bulam puasa ni.... bez taw.. dapat tambah pahala, sihatkan badan pulak tu.. jom3.. jangan malas2.. xkan nak tunggu tua baru nak beribadat.. muda2 la tanam saham akhirat.. muda2 ni la banyakkan amalan.. nanti dah kawen, ada anak, jangan harap la nak buat.. sibuk urus anak..anak sebagai alasan.. banyak da berlaku.. xkan tunggu tua baru nak banyak ibadah.. nanti alasan lagi.. kata dah tua, badan sakit2.. x larat.. so, bila lagi.. bukan pasal terawih je.. semua amalan kita.. ibadah kita.. xkan nk tunggu malaikat izrail datang baru nak buat.. time tu, dah TERLAMBAT…

Hayya2.. jom2..  Ramadhan ni peluang tambah pahala.. kita wt kbaikan, dapat pahala, diganda taw.. selalu alasan syaitan kacau.. tp bulan pose ni mana ada syaitan.. manusia.. penuh dengan alasan kan.. jangan biar nafsu kuasai diri..

Sekadar ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2.. saya pun kadang2 terlalai juga.. sama2 kita tingkatkan keimanan n ketakwaan kepada Allah dalam bulan yang Mulia ni.. wallahua’lam..

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan 2012


Artikel ini di ambil dari facebook.. di tulis oleh ibu saudara saya.. sejauh mana kesahihannnya, wallahua'lam...

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. 

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang... huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. 

Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

oleh itu, sama2lah kita renungkan..bersedialah dengan segala kemingkinan dan Qada Qadar yang berlaku.. segala sesuatu itu adalah ketetapan Allah yang telah tersedia sejak azali lagi.. sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.. segeralah kita sama2 bertaubat serta tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.. Wallahua'lam..

Saturday, August 6, 2011

SeNyUm



Tersenyumlah kepada siapa saja
nescaya anda akan mendapat cinta kasih mereka.
Haluskan tutur kata anda
nescaya mereka akan menyintaimu.
Dan rendahkan hati kepada mereka,
nescaya mereka akan menghormati anda

Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn ratap dan tangis?
Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.

senyum selaloooo..=)

smile..senyum..ibtisam..

Thursday, August 4, 2011

Hadis: Syurga Ramadhan


Salam ramadhan.. semoga hari2 kita sentiasa disinari cahaya keimanan dan ketakwaan kpd Allah.. bagaimana puasa antum? harap xde yang ponteng2 la ea.. sbb kalau kita ponteng puasa dalam bulan puasa ni walau sehari, alangkah besarnya kerugian kita.. ye la.. terlalu banyak fadhilat puasa di bulan Ramadhan ni...

sebut pasal puasa, saya amat tertarik dengan satu hadis nabi S.A.W yang menceritakan tentang syurga... bahasanya cukup indah.. jom kita sama2 hayati..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa Syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Subhanallah.. Rasulullah menggambarkan keadaaan Syurga.. terlalu indah untuk di bayangkan.. juga Maha pengasihnya Allah terhadap hambaNya.. terlalu besar kelebihan Ramadhan yang Allah kurniakan... Kasih SayangNya terlalu agung hingga tidak membenarkan musuh manusia yang nyata itu merosakkan dan mengganggu puasa hambaNya... lalu di buka pintu Syurga dan di tutup pintu neraka.. bukan itu sahaja, malah mengampunkan dosa2 hambaNya yang sentiasa memohon ampun padaNya..
Subhanallah.. moga2 kita sentiasa ingat akan Allah dengan banyakkan zikrullah dan ibadah dalam bulan Ramadhan ini.. Mudah-mudahan kita kelak di tempatkan dalam SyurgaNya..amin.. Wallahua'lam.

Wednesday, August 3, 2011

Sudah Suratan



Salam kepada semua..  kaifa halukum? Hope smua dalam sihat sejahtera.. rasanya belum terlambat kan, untuk saya ucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Ramadhan kareem..

Juga diucapkan tahniah kepada kawan2 yang dapat tawaran sambung belajar… kepada yang xdapat, jangan kecewa dan putus asa ye.. nanti cuba la lagi.. insyaAllah, ada rezeki x kmana la 2.. yang dapat sambung belajar ke luar Negara, kemana sahaja antum pergi, tahniah.. cari ilmu sebanyak mungkin kat sana nanti, n bawak balik Malaysia, sebar kt sini pula ea..besar pahala 2.. semoga kita semua dipermudahkan urusan..

Walau apa pn kwn2 buat, walau ke mana pun antum belajar, keberkatan paling penting en.. apa yang jadi kat diri kita semua suratan takdir.. hanya Allah Yang Maha mengetahui segala sesuatu.. segala kekecewaan, kegembiraan, kekurangan dan segala sesutau pasti ada hikmah yang hebat Allah sediakan untuk kita..

Saya bersyukur, walau hati ni sedikit kecewa sbb x dapat nak sambung belajar ke universiti pilihan saya.. tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya sambung pelajaran.. dapat juga tawaran nak masuk u.. bila fikirkan balik saya bertuah jika di bandingkan dengan rakan2 lain yang x dapat tawaran dari mana2 u.

Terasa kecewa.. tambah kecewa bila keluarga terlalu mengharap saya dapat belajar di universiti dalam negeri Selangor.. tapi apakan daya.. xde rezeki.. saya dah redha, dah terangkan pada keluarga yang semua ni Allah dah tetapkan. Mungkin ini tempat terbaik untuk saya sambung belajar. Alhamdulillah, keluarga memahami..  Kawan2 pun ramai yang dapat kat sana.. jadi x khuatir la xde kawan or sesat dalam u tu..hehe

Bila dah boleh terima kenyataan, tiba-tiba pula dengar berita kawan paling rapat xjd sambung belajar kt u dengan saya.. beliau dapat tawaran belajar ke luar Negara.. saya boleh terima, its ok.. Cuma saya xtaw cmne nak bg taw mak saya.. ye la.. mak saya dah beria2 nak suruh saya drive dari rumah ke kampus dan syaratnya mesti ada dia..sebab mak saya percaya sangat kat dia.. tp nak buat mcm mana.. xde rezeki.. nmpaknya kereta saya tu bakal tersadai la kt umah ni..huhu

Papaepun, redha la dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya REZEKI, JODOH, AJAL semuanya Di TANGAN ALLAH… wallahualam..