JellyPages.com

Friday, December 30, 2011

Kahwin semasa belajar?



Isu perkahwinan sewaktu dalam tempoh belajar memang selalu menjadi suatu persoalan yang besar bermain difikiran anak-anak muda pada waktu sekarang. Berikut adalah petikan dari buku "Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri" (Ust. Burhan Sodiq) mengenai pandangan ulama-ulama yang memberi nasihat berkenaan isu ini.

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda: "Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”

Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin menasihati wali wanita, dan wanita itu sendiri; janganlah menolak untuk berkahwin dengan alasan belajar atau mengajar.

Namun adakalanya seorang wanita belajar menggapai ilmu yang tidak diperlukan oleh umat Islam. Dalam kaitannya dengan kes ini, diperlukan pertimbangan dan pemikiran yang saksama. Menurut pendapat Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin, jika dia telah mampu  membaca Al-Quran sekali gus tafsirannya, dan dia juga dapat membaca hadis dan sekaligus tafsirannya, maka hal ini sudah cukup.

Namun tidak mengapa jika dia mendalami ilmu yang sangat diperlukan umat , seperti ilmu kedoktoran dan ilmu semisalnya. Tetapi dalam proses pembelajaran itu tidak boleh ada perkara-perkara yang diharamkan Allah seperti bergaul secara berlebih-lebihan dengan kaum lelaki dan perkara haram yang lain.

Menurut pandangan Syeikh Nasyirudin Al-Balihi pula, sebahagian remaja perempuan mengatakan sesuatu yang tidak patut untuk dikatakan. Mereka mengatakan, “Aku tidak akan berkahwin sehingga pelajaranku tamat”. Menurut Syeikh Nasyirudin, tekad remaja perempuan ini bukanlah suatu masalah, jika pelajarannya akan selesai dalam waktu terdekat. 

Namun jika pelajarannya hanya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya (Syeikh Nasyirudin) tidak bersetuju jika remaja perempuan itu menunda perkahwinan dengan alasan untuk menyelesaikan pelajaran, apatah lagi jika dia menghadapi mata pelajaran yang sukar dan tidak tidak sesuai dengan selera pilihannya. Berapa ramai muslimah yang sudah berusia matang yang masih lagi belum bertemu jodohnya. 

Seringkali sebuah nasihat daripada seorang ulama yang hanif, akan memberikan ketenangan hati. Ibarat sebuah dakapan erat yang menenangkan jiwa bergelojak, ibarat tegukan air segar yang menghilangkan dahaga. Semoga beberapa nasihat dari para ulama soleh yang sarat akan hikmah-hikmah besar ini dapat menjadi pelipur hati yang sedang menanti, dan jiwa merindu.

sumber rujukan: Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri (Ust Burhan Sodiq)


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/kahwin-semasa-waktu-belajar/#ixzz1i1bLiNF4

Angan-angan menjadi kenyataan



Salam.. alhamdulillah, walau study week, tetap semangat nak update blog ni.. nothing to story.. tp rasa bosan la pulak hadap buku jer.. study  tak sampai 2 jam, mata dah layu pulak.. otak pun da pk yang lain..hehe

Alhamdulillah, kata orang rezeki ada kat mana-mana.. dan ada pepatah kata orang berbudi, kita berbahasa.. moral of the story, nak diringkaskan cerita tiap kali nampak kapal terbang kat udara, rasa nakkkk sangat naik.. readers pernah naik fligh tak? mesti ramai yang pernah kan.. saya tak pernah..(wt ayat sedih pulak) ye la, yang dapat selalu angan-angan je "bila la nak dapat naik.." ye la.. nak ke mana je la naik fligh tu.. family pun bukan orang senang nak taja saya naik fligh.. tapi angan-angan kadang-kadang boleh jadi kenyataan kan..(bukan angan-angan mat Jenin.hehe)

Baru-baru ni saya dapat tawaran dari seorang hamba Allah untuk saya realisasikan angan-angan saya tu.. mula-mula dengar memang teruja.. ye la.. bukan mudah dan bukan semua orang boleh dapat peluang & tawaran keemasan macam saya ni.. seseorang nak taja penerbangan saya balik ke kampung after final exam ni.. syoknya.. tambahan pula perjalanan saya dari LCCT ke Banting dekat je.. dalam setengah jam boleh sampai.. berbanding dari Kelang Sentral yang amik masa sejam setengah.. mudah la jika family nak jemput.

Saya rasa sangat-sangat bersyukur dan anggap semua ni rezeki dari Allah.. teruja dan terharu pun ada.. sesugguhnya Allah itu memang Maha Pemurah.. Segala Puji Bagi Allah..:)

Thursday, December 29, 2011

Karnival Hijrah


Diam tak diam, dah sampai penghujung semester kan.. sekarang ni study week.. tp tak study pun.. belum ada mood la konon nya… nak cerita la cikit kan..Baru-baru ni, saya bersama 2 orang sahabat berkesempatan berkunjung  ke Karnival Al-Hijrah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Program yang sangat meriah dan informatif.. ramai pengunjung yang hadir. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Disember 2011. Bersempena karnival ini juga diadakan ‘Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2011’ anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 Pelbagai agensi kerajaan dan swasta membuka gerai pameran masing-masing. Saya juga sempat berkunjung ke beberapa booth pameran seperti booth TV al-Hijrah, IKIM, JKSM, MAIWP, Pelancongan Negeri Terengganu, Kolej PUSRAWI, UniSZA, Lembaga Tabung Haji, PDRM dan banyak lagi. Macam-macam informasi saya dapat. Bukan tu je, cenderahati dari booth2 tu pun dapat. Sampai tak cukup tangan nak pegang..hehe.

Mula-mula sampai, kami meronda-ronda cuci mata di gerai-gerai jualan yang ada. Macam-macam ada.. tapi paling top sekali, berdasarkan pemerhatian saya la kan,  barangan “angry bird”.. banyak betul produk berbentuk angry bird tu.. dari jam tangan, bekas pensil, beg dan air minuman pun ada.. tengah trend kot..hehe

Lepas tu, kami round pula kat kawasan pameran produk IKS.. macam-macam produk ada hasil tangan rakyat Malaysia.. rasa kagum pula tengok mereka.. antara produk yang ada seperti micai kucing, minyak kijang, minyak wangi, bahan jimat petrol, kerepek, pizza, buah-buahan, kraftangan dan sebagainya. Secara tak langsung, dapat semangat saya nak jadi seperti mereka.. gigih sampai boleh pasarkan produk hasil mereka sendiri ke pasaran yang lebih luas..

Kemudian, kami masuk ke 1 booth yang cantik dan menarik.. dikenali sebagai “pavilion YaPEIM” yang mana di dalamnya ada beberapa aktiviti menarik sesuai untuk semua peringkat umur seperti untuk kanak-kanak terdapat ‘Funland’ atau taman permainan Inflatables, untuk orang dewasa pula disediakan permainan golf menggunakan simulator, juga ditempatkan pusat pameran i-ar Rahnu YaPEIM, dan paling mengagumkan adalah teater inovasi YaPEIM. Teater tersebut mempamerkan kecanggihan teknologi yang belum pernah saya lihat sebelum ini iaitu Helio Display. Ianya memaparkan video dalam bentuk seperti asap yang sangat cantik dan menarik, selain terdapat wifi Fotografi, 3D teater, table touch screen dan sebagainya.


Pentas "pavilion Yapeim" di Fwstival al-Hijrah

Kembara diteruskan ke booth pameran.. pertamanya kami jejakkan kaki ke pameran “detik kegemilangan islam”. Di dalam pameran tersebut terdapat pelbagai khazanah lama yang masih tersimpan dan secara jujurnya saya tidak pernah lihat sebelum ini seperti replika pedang Saidina Abu Bakar, barangan tembaga, manuskrip dan al-Quran lama, alatan astronomi, cop mohor iskandar Zulkarnain, barangan tembikar dan sebagainya. Sagat teruja disamping banyak ilmu yang kami dapat.. jarang sekali berpeluang nak tengok barang-barang berharga seperti itu.. sambil-sambil, teringat perjuangan sahabat pada zaman dahulu..
Al-quran lama yang di pamerkan

Pameran peralatan falak

Teruskan perjalanan. Kami singgah dari satu booth ke satu booth yang lain.. saya yang suka bertanya ni apa lagi, tak nak lepaskan peluang Tanya lah benda yang berkaitan.. kata orang nak dapat ilmu, kt mana-mana pun boleh kan.. macam-macam ada.. tapi paing saya suka bila berkunjung ke booth JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).. kat sana paling banyak yang saya Tanya. Ye la.. seorang yang bercita-cita nak jadi peguam, bila dapat peluang Tanya kat tempat yang tepat, Tanya la apa yang kita nak tahu. Hehe.. dan paling saya semangat bila berkunjung ke booth MAIWP (Majlis Agama Ialam Wilayah Persekutuan).. ada seorang pakcik tu, lepas saya borak-borak panjang, dengan pelbagai pertanyaan saya ajukan, last2 dia kata saya ada ciri seorang lawyer.. saya dan kawan-kawan hanya tersenyum je la.. tapi bagi saya itu satu suntikan semangat dan anggap sebagai satu doa, walau nilaian seseorang yang asing terhadap saya.
Pelbagai pertanyaan di ajukan di booth MAIWP

Menerjah ke booth JKSM


Bila lalu depan booth TV al-Hijrah pula, kami terhenti seketika.. nak buat apa? nak tengok chef memasak.. hehe.. rancangan tv, masak-masak.. kami bertiga pun duduk sekejap tengok chef masak apa. Masakan berasaskan kentang.. macam sedap je tengok.. Sedikit sebanyak dapat juga bantu skill memasak kami nanti kan..hehe
Booth Utama TV al-Hijrah

Dah puas jalan, kami pulang ke UniSZA dengan selamat.. naik bas Bandar.. walu penat, tapi rasa berbaloi.. ye la.. tangan penuh dengan cenderahati dari booth-booth yang kami kunjung, dengan pamplet yang dikutip, buku, siap makanan lagi… seronok.. tambah pula dapat banyak ilmu, pengalaman, informasi dan maklumat yang kami dapat.. kiranya macam lawatan sambil belajar la ni.. hope dapat jumpa lagi dengan program ilmiah macam ni..

 wallahua’lam.

Tuesday, December 13, 2011

Tips kecantikan



Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

Duhai Wanita....

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin 
bening dan jernih. 

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya
akan semakin manis.


# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang
terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. 


# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua
dosa dan kesalahan yang anda lakukan. 


# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang
akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang
merbahayakan. 


# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. 


# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". 


# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan
bercahaya di akhirat.

 Selamat mencuba..~_^

Sunday, December 11, 2011

Pengalaman Musafir


Salam kepada readers... hope semua sihat-sihat sahaja.. lama tak update blog ni.. tetiba je tangan ni gatal nak menaip.. (mentang2 da xde assignment).. hehe.. lately, agak buzy sikit.. banyak assignment, kerja-kerja persatuan dan latihan PALAPES lagi...

takde apa nak cerita pun ni., sekadar nak share.. pagi ni saya baru je balik dari kampung.. tak cuti, tapi mengada nak balik..hehe.. ada la urusan.. tak mungkin saya saja-saja nak balik.. membazir fulus je kan..

Nak cerita pengalaman.. baru berlaku semalam.. pengalaman yang agak extream juga la.. konon berani sangat la kan.. tak nak susahkan mak abah.. konon nak berdikari.. hehe. ceritanya camni.. nak balik u, saya kena naik 2 buah bas.. 1st destination, stesen bas Banting.. abah hantar.. kemudian saya naik bas ke Kelang.. dalam perjalanan, jalan sesak, jam.. maklumlah hari minggu.. semua nak keluar dengan keluarga.. mula-mula naik bas, ok je.. tegok kanan, tegok depan, sesekali tengok kiri.. saya duduk depan sekali, sebelah kanan.. asal mula saya naik, sekumpulan orang Asli duduk depan saya.. itu ok lagi.. tapi bila mereka turun je, ada la mamat macam warga indonesia, macam bangla.. pandang saya semacam je.. kejap2 pandang, kejap2 pndang.. bukan pandang biasa.. pandangan yang menakutkan... saya pun bedebar dan ketar la juga.. saya pandang luar tingkap je.. sesaat pun saya tak toleh ke depan.. bibir hanya mengungkap kalimah "Allah".. doa tak putus2.. seorang-seorang perempuan dalam tu.. belakang semua warga asing.. tawakal pada Allah je la time tu.. dan tak berhenti sebut "Bismillah hillazi la yadurru ma'as mihi syaiun fil ardi wala fis sama'i wahuwas sami'ul alim". Doa yang ustaz ajar supaya sentiasa dilindungi dari sebarang bahaya dan malapetaka..

Sampai di hentian bas Kelang, jejakkan sahaja kaki ke bumi, terasa seperti berada di satu tempat yang terlalu asing bagi saya. seolah-olah saya berada di negara asing.. kebanjiran warga asing membuatkan saya betul-betul kecut perut.. dengan keadaan saya yang bertudung labuh, berseorangan, terasa macam-macam boleh terjadi.. Tapi dengan keyakinan pada Allah, tawakal, saya teruskan berjalan di tengan kebanjiran warga asing tu.. rasa takot menyelubungi diri.. sehingga saya masuk ke satu lorong untuk mendapatkan bas ke Kelang Sentral (jalan shotcut).. keluar je dari jalan tu, nampak pula kereta polis dan sekumpulan manusia sedang mengelilingi satu kawasan.. tapi saya buat tak kisah je.. terus meluru mencari bas yang bakal dinaiki.. tapi, masyaAllah.. seluruh kawasan hentian bas tersebut PENUHHHHH dengan warga asing.. sepertinya mereka baru sahaja menghadiri perhimpunan sejuta warga! saya terasa seolah-olah bukan berada di negara sendiri.. bukan berada di Malaysia.. amat-amat menyeramkan tambahan apabila saya berseorangan.. dalam hati hanya Tuhan yang tahu.. tapi saya sangat2 bersyukur apabila Allah dengar rasa hati saya.. Allah datangkan 2 orang sahabat.. saya yang mula-mula menegur mereka.. itupun selepas saya yakin yang mereka orang-orang yang baik berdasarkan pakaian mereka.. Tak lama kemudian Allah datangkan lagi 2 orang sahabat, juga saya yakin orang yang baik atas pakaian bertudung dan berbaju kurung.. rupanya mereka senasib dengan saya, yang rasa ketakutan melihat kebanjiran warga asing ketika itu.. ketika itu jam menunjukkan 7.15malam.

Bas pertama sampai, terus warga asing "conquer".. berebut2, rempuh2, tolak2, jerit2.. satu keadaan yang tak dapat nak di gambarkan.. sangat-sangat kecoh dan pelbagai ragam manusia ada pada ketika itu..mereka berhimpit-himpit masuk kedalam bas sehingga bas padat & sendat seperti sardin, tuna.. bahkan lebih padat lagi, sehinggakan bas tak dapat ditutup pintunya.. tatkala bas bergerak, masyaAllah, senget! sangat-sangat merbahaya.. saya dan 4 orang sahabat hanya berdiri di depan kedai makan, memerhatikan gelagat warga asing yang tak ubah seperti "kera dapat bunga".

beberapa minit kemudian, bas ke-2 sampai.. juga keadaan yang sama berlaku.. penumpang di dalam bas belum sempat turun, warga asing terus menyerbu sehinggakan pemandu terpaksa menegah mereka dari menaiki bas tersebut.. saya pada mulanya juga ingin menaiki bas tersebut membatalkan hasrat saya, dan terus menanti untuk bas seterusnya. 2 orang sahabat sempat menaiki bas dengan berhimpit dengan warga asing yans semuanya lelaki.. sangat menakutkan dan merbahaya. apa yang boleh saya dan 2 orang lagi kakak yang saya jumpa tadi, terus menunggu.. saya tak sanggup berhimpit2 dengan laki! seram.. x lama tu, ambulans datang ke arah tempat yang ada polis tadi.. difahamkan rupanya ada pergaduhan di sana. tapi saya tak ambil tahu pun.. takut..

Dalam 7.45 malam, bas ke-3 sampai.. keadaan yang sama berlaku..bukan bas yang akan saya naiki itu sahaja berlaku sebegitu, malahan semua bas yang ada. mereka berebut2 dan sehingga padat bas.. sepanjang sejam saya berada di sana, lebih kurang 7 buah bas yang bergerak, kesemuanya penuh dan padat dengan warga asing, seperti tuna dalam tin! apakan daya, saya dan 2 orang kakak tadi ambil keputusan nak naik juga bas tersebut kerana di fahamkan bas terakhir jam 8.00 malam.

Ketika nak naik bas tu, memang berhimpit-himpit.. semua lelaki.. saya berpaut pada lengan kakak, dan kakak 2 pun berpaut pada beg kakak yang seorang lagi.. tiba-tiba kami berada di tengah-tengah warga asing yang nak naik bas..bertolak2, berhimpit2.. rasa seram sejuk sangat.. saya toleh kanan, kiri, depan, belakang, semuanya lelaki.. bukan warganegara pula tu.. hati ni cuma boleh berdoa je.. time tu, sepenuh hati tawakkal pada Allah, n bibir hanya keluar perkataan Allah. Allah, Allah je.. sangat-sangat menakutkan..

kemudian, sedang asyik pegang tangan akak yang saya kenal kat situ, beg saya tiba2 disentap dan ditarik dengan kuat.. time 2 terjerit "Allah" n saya cakap "apa ni?!!!".. mujur saya pakai beg galas cam budak sekolah time tu.. xde la rasa sakit bila disentap kuat gitu.. saya yang saling berpaut pada 2 oarng kakak di depan saya, akk tu pun turut terdorong ke belakang.. sangat2 cemas.. hampir menangis saya di situ... otak saya dengan pastas berfikir "apa orang ni nak buat?".. takikan yang kuat 2, hampir terjatuh kami bertiga..

tapi rupanya ia suatu rahmat bagi kami.. Rupanya ia seorang pemandu bas yang berusaha selamatkan kami dari rempuhan dan perebutan warga2 asing tersebut.. pakcik tersebut menarik kami ke pintu belakang bas, dan meminta kami naik.. sebaik kami naik, rempuhan juga berlaku di pintu belakang.. sangat teruk keadaan seperti itu..

tetapi bila dapat sahaja duduk dengan kakak yang comel berbaju kurung tu, ucapan Alhamdulillah xhenti dari mulut kami.. rasa bersyukur sangat x perlu nak berhimpit2 dengan lelaki2 asing tadi tu.. tapi sepanjang perjalanan ke kelang Sentral, macam2 ragam manusia ada.. saya dan kakak rasa macam nak muntah dengan pelbagai bau dan ntah apa2.. sepanjang dalam bas, aku x berhenti sebut doa :  " Bismillah hillazi la yadurru ma'as mihi syaiun fil ardi wala fis sama'i wahuwas sami'ul alim"..

sampai je tempat yang dituju, saya turun dahulu, tapi saya sempat pesan pada akak tadi supaya berhati2.. sbb tinggal dia je seorang perempuan yang pakai tudung dalam bas tersebut, dan perjalanannya masih jauh.. Semoga Allah melindunginya..

Sampai stesen bas, saya terus meluru cari surau.. alhamdulillah, dalam keadaan musafir..boleh jama'.. kalau x, terlepas solat maghrib kan.. tapi kt Sentral tu pula walau x ramai orang, ramai je la yang nak wat maksiat.. pasangan  laki perempuan, duduk berdua, berpegang tangan, bergurau senda.. malu la sikit wei.. pakai tudung, tapi... wallahua'lam.. paham2 la sendiri kan..

Papepun, sepanjang 3 tahu saya ulang alik balik Terengganu-Banting, tak pernah lagi berlaku sebegitu.. mungkin sebab kali ini pertama kali saya balik hari Minggu.. apapun, sangat2 bersyukur kepada Allah kerana dengan kurniakan Kasih SayangNya, rahmatNya dan pertolongaNya, saya dan sahabat selamat.. semoga Allah sentiasa memelihara kita dari sebarang bahaya dan malapetaka.. amin.. wallahua'lam.

Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok



Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin mencadangkan agar wanita yang ingin berkahwin mengutamakan pasangan yang tidak merokok.
Ini berdasarkan Islam menyuruh agar memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sementara merokok merupakan unsur yang mencacatkan.
Ini atas beberapa alasan;
  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.
Atas alasan-alasan ini dan selainnya, maka saya menasihati umat Islam dan kaum wanita khususnya, menjadikan ‘merokok’ adalah salah satu ciri yang mencacatkan pemilihan dalam menentukan pasangan masing-masing.
Sumber:http://drmaza.com/home/?p=468#more-468

Tuesday, October 25, 2011

Kurangkan Asabiah


Salam keceriaan semua.. syukur alhamdulillah kita masih lagi mampu menghirup udara segar hari ini. bersyukur kepada Allah atas setiap nikmat yang diberikan. semoga kita semua sentiasa dalam Rahmatnya.

Lama rasanya saya tak buka blog ni. rindu plak nk berceloteh dalam ni.. maaf lah.. sibuk dengan urusan kuliah dan assignment.. assignment pun makin banyak menjelang cuti mid sem ni. rasanya tak tertanggung plak.. tp insyaAllah, harap saya dan kawan2 dapat settlekan semuanya...

Hari ini xde apa nak cerita sebenarnya.. cuma, ada teguran buat sahabat yang saya nak smapaikan.. sifat asabiah di kampus saya amat ketara.. tapi hari ni saya nk kecilkan skop tu kepada kelas saya sendiri. bukan nak memburukkan, tapi nak tegur... bukan teguran dari saya, tetapi juga teguran dari orang lain yang melihat.. kita selalu tak sedar apa yang kita buat, tp jangan lupa..... ramai yang memerhati..

Apa yang saya nak sampaikan, kepada kawan2 yang sama2 belajar, sama2 menuntut ilmu, kurangkanlah sifat asabiah antum.. rasanya xperlu bgitu.. biar lah kita ramai kawan, ramai kenalan.. 1 hari nanti kita pasti kita nampak kelebihan berkawan tu.. ramai sahabat2 terasa.. bukan wanita sahaja, malah pelajar lelaki juga terasa dengan 1 kumpulan pelajar ni.. ramai beranggapan mereka sombong..

Terjadi 1 peristiwa.. bru sahaja berlaku pagi tadi.. hari ni kami cuti depavali..so, kami beramai2 nak g jogging.. tapi bila dah berkumpul, tiba2 mereka berpecah.. yang saya dan kawan saya ber4 berjogging, dan yang selebihnya jalan... patot mereka bercantik2, bermekap2.. kami pun lari 1 u, baru pergi ke tempat yang mereka nak tuju...

Sampai kat kedai makan, memang terasa la, kawan2 kami sendri td 2, lgsung x hirau kami.. walhal kami sampai lewat cikit je dari mereka. mereka yang dah duduk, dan kami masih berdiri tuk mencari kekosongan tempat, mereka langsung x hirau, xtegur.. begitulah sehingga habis makan..

Bila habis makan, kami nak pulang, kami tegur mereka, tapi mereka sikit pun x balas teguran, malahan palingkan muka ke arah lain.. ya Allah.. padahal mereka dah bersahabat dengan kami lebih dari 3 tahun.. kami pun x paham..

Yang 2 kami boleh tahan lagi.. yang buat kami malu, orang yang asing dari kami tegur.. mereka bertanya dan menganggap seolah2 kami bermusuhan.. kepada readers, pleaz bantu saya bagaimana nak tegur sikap mereka.. wallahua'lam.

Friday, September 30, 2011

Konvokesyenku...



Salam.. hari ni saya nak kongsi tentang hari Konvokesyen saya… mesti ramai kawan2 yang tertunggu-tunggu hari Konvokesyen mereka kan bila dah menjejakkan kaki  ke IPT.. alhamdulillah, pada 17 & 18 september lalu, saya & kawan2 dapat merasai hari yang bahagia tu.. rasa happy sangat.. lg2 bila mak ayh datang.. 1st time mak datang, n kali ke-4 abah datang Terengganu.. terharu sangat2 mereka dapat hadirkan diri..

Walau baru nk genggam sijil diploma, tapi happy.. subhanallah.. bila tengok pada hari konvokesyen tu ramai mak ayah kawan2 yg datang, muka mereka penuh keceriaan & kegembiraan.. lg2 bila mereka dapat dengar & lihat nama anak mereka di sebut atas pentas & terpampang di skrin...  Alhamdulillah.. setinggi2 kesyukuran kepada Allah… dapat juga kami bergraduat setelah 3 tahun berhempas pulas & happykn mak ayah kami..

Selesai sahaja majlis, kaki melangkah sahaja keluar dari dewan, mak ayah masing2 tercari anak2.. hadiahkan bunga.. so sweeettttt… mak ayah peluk anak2.. ucapan tahniah x putus2 dari mulut ahli keluarga dan rakan2.. subhanallah.. memang sweettt sgt time 2.. memang cukup bersejarah.. pengalaman yg unik.. ALHAMDULILLAH… ( nk grad lagi..huhu)

Penganugerahan Diploma oleh YB Naib Canselor




Wednesday, September 28, 2011

KEMBALI




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.. di harap kita sentiasa berada dalam lindungan dan Redha Allah hendaknya.

Alhamdulillah, dah sekian lama x update blog ni, tetiba rasa rindu plak nk bkak… 1stly nk mintak maaf kpd semua.. sebulan lbih da x update.. sebulan Syawal dah berlalu.. mana2 sahabat sahabiah yang saya kenal @ tak, yang pernah saya terbuat salah, terguris hati, terkasar bahasa @ apa2 saja salah saya, mohon ampun dan maaf ea.. hope 0-0 taw.. semalam hari terakhir syawal.. hari ini dah masuk zulkaedah.. bulan silih berganti, hope amalan kita pun sentiasa ter’update’ jgk la..hehe

Pe cer kwn2 semua? Sebulan hari raya ni mesti bnyk cerita kan? Macam saya juga la.. macam2 dah berlaku.. suka duka semua ada.. dalam tempoh sebulan ni, cm biasa la.. bulan syawal, sambut ari raya.. tp yang sedihnya tahun ni raya ke-4 da kne berhijrah semula.. kembali ke bumi Terengganu.. apa boleh buat, tuntutan duniawi, n demi bekalan ukhrawi jgk.. Alhamdulillah, sehingga sekarang, saya dah sebulan la bertapak di UniSZA… sambung pengajian di peringkat ijazah..

Tp yang x bestnyer, walau dah 3 tahun belajar kt cni, masuk sem baru ni kne join orientasi jga.. so bored..huhu.. jadi junior balik.. apa boleh buat.. ikut je la program yang dah di aturkan.. dalam masa 2, sahabat baik saya plak smbg ke Jordan.. Alhamdulillah, rezeki n takdir dia tok ke sana.. saya? insyaAllah, ada rezeki master nanti saya ke sana.. sbb syarat pa ma saya tok saya ke laur Negara mesti ditemani muhrim..hehe

Lepas dah habis orientasi, maka kembali lah saya dan rakan2 ke alam mahasiswa.. belajar seperti biasa.. 3tahun stengah lagi kt sini.. Teruskan perjuangan!!!

Saturday, August 13, 2011

Pasrah

Ya Allah.. ku harap pilihan ini adalah yang terbaik untuk hambaMu ini..

Puas ku memikir dan mempertimbangkan pilihan di hatiku yang terpendam..

Ku tahu, Engkau hanya akan memberi yang terbaik untuk hambaMu..

Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang cukup hebat yang Engkau sembunyikan...

Bantulah daku Ya Allah… kuatkanlah aku..terima kasih atas petunjukMu..


sesungguhnya aku sangat2 bersyukur kepadaMu Ya Allah..

Pelbagai kenikmatan dunia telah kau beri untukKu..

Tiba masanya untuk aku akur pada KetetapanMu..

Beberapa hari lalu diriku dirisik oleh sebuah keluarga yang aku kenali sejak 3 tahun yang lalu..

Dugaan datang tak kenal apa yang tersirat di hati..

Hati ini lama terpaut pada yang lain..tapi apakan daya..

Tiada jodoh..tiada rezeki.. sudah suratan hidupku begitu..

Harapan ayah.. harapan ibu.. mereka berharap diriku diikat pada keluarga lain..

Tapi lain yang datang..

Mak..abah.. maafkan anakmu ea..

Dalam tempoh risikan, aku & bapaku terpaksa bersusah mencari dana untuk menyatukan kami..

Kesana, kemari.. kasihan bapaku.. demi anak, sanggup bersusah..

Lepas lebaran pasti pertunangan terjadi..

Mungkin dalam seminggu tempoh berkenalan..

Sebelum termetrainya perjanjian dan ikatan..

Ya Allah.. andai sungguh ini yang terbaik buatku, aku redha..

Malah aku sangat2 bersyukur..

Permudahkan segala urusanku Ya Allah.

Jauh @ dkat bukan halangan.. kalau itu yang dah di tentukan..

Aku pasrah atas Segala KetentuanNya..






sabarlah wahai UniSZA.. aku pasti dtg padamu..=)


Thursday, August 11, 2011

Tutuplah Aurat


Salam.. hye.. you all pe khabar? (ceh, tetiba je).. puasa camne? Seronok kan? Hope dapat istiqamahkan sampai penghujungnya nanti ea.. jangan curi2 makan plak.. xpasal2 kene ganti nanti..hehe

Entri kali ni saya nak share dengan sahabat wanita.. maybe ianya agak sensitive, tp sensitivity umat islam pun kena jaga.. islam kan agama yang sempurna dalam semua apek kehidupan insan..

Tadi, after terawih, saya dapat 1 pamplet dari AJK surau Darul Anuar.. bertajuk “tazkirah buat wanita”.. isi kandungannnya mengandungi peringatan2  & amaran.. tapi amat baik tuk para wanita..tibe2 pula terpikir... amat menyedihkan bila tengok sahabat2, keluarga sendiri, saudara, sepupu2, artis di media massa dan cetak serta orang2 di sekeliling.. sering dedahkan aurat.. bila ditegur, masing2 nak melenting.. tegur untuk kebaikan pun..

Sekarang, dalam konteks bulan puasa ni.. masih ramai lagi yang puasa, tapi aurat.. MasyaAllah.. dedah sana, dedah sini, yang ketat,sendat, melekat,.. mereka tak fikir ke antara sebab Allah adakan bulan Ramadhan ni untuk apa… baru2 ni.. saya sempat ke bazaar ramadhan.. masyaallah.. ramai sahabat,wanita..pakaian, dengan tak bertudung, rambut ber’dye’, seluar sendat2 melekat.. apa nak jadi ni umat islam semua.. ramai ngaku islam, tapi xtutup aurat dengan sempurna…astaghfirullah..

Sekarang, gaya terkini, ramai Remaja muslimah selesa dengan berbaju lengan pendek yang sangat ketat, dipadankan dengan seluar Jeans yang sangat sendat.. selesa ea korang.. saya yang tengok  ni pun rasa cam seksa je.. wallahua’lam la.. dalam hidup saya xpernah wujud seluar jeans..sekali pun saya xpernah pakai.. takot..nanti jin marah camne..hehe (gurau je).. ha.. dari baju yang ikut bentuk badan tu, bawahnya kan pendek..so, Nampaklah bentuk punggung & pangkal peha korang.. bila bangun, tau pulak nak tarik2 baju tu.. konon nak cover punggung ea.. sedarlah, bangkai gajah tak boleh ditutup dgn daun pisang (betul ke pepatah ni? hehe).. walau pakai tudung, tapi pakaian camni, sorry  la.. ni namanya  “ berpakaian tapi hakikatnya telanjang”.. so, hukumnya tetap sama dengn orang yang dedahkan aurat..

Fesyen camni tak ubah cam pakaian orang kafir.. sebagai umat islam, kita tak boleh meniru atau menyerupai sesuatu kaum lain…. Rasulullah s.a.w pun dah bagi amaran dalan 1 hadis riwayat Abi Daud yang bermaksud : “ sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”.

Beberapa dalil tentang aurat wanita :-

“ hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir” (surah an-Nur:31)

“ wanita yang berwangi-wangian  dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah umpama perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina” (Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)

“sesungguhnya sebilangan ahli Neraka adalah perempuan2 yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang,(menggoda, ketat, seksi, yang cenderung kpd perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana bonggol2 unta , ( didedah dan dibanggakan).  Sungguh, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (hadis sohih riwayat Bukhari dab Muslim).


Tips berpakaian mengikut ciri wanita muslimah :-
1.    1.   Tidak jarang @ nipis dan tidak terlalu ketat
2.     2.  Hendaklah longgar dan tidaklah menampakkan bentuk tubuhnya. ( bukan pakaian yang menggoda).
3.     3.  Tidak menyerupai pakaian lelaki.
4.      4. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.( spt artis2 barat).
5.      5. Bukan pakaian ‘syuhrah’ ( bertujuan untuk mencari popularity)


p/s: sapa sayang ayah n suami, tutuplah aurat.. sebab selangkah anak perempuan @ isteri keluar rumah tak tutup aurat, selangkahlah dekat ayah@ suami kita dekat dgn neraka..