JellyPages.com

Tuesday, October 25, 2011

Kurangkan Asabiah


Salam keceriaan semua.. syukur alhamdulillah kita masih lagi mampu menghirup udara segar hari ini. bersyukur kepada Allah atas setiap nikmat yang diberikan. semoga kita semua sentiasa dalam Rahmatnya.

Lama rasanya saya tak buka blog ni. rindu plak nk berceloteh dalam ni.. maaf lah.. sibuk dengan urusan kuliah dan assignment.. assignment pun makin banyak menjelang cuti mid sem ni. rasanya tak tertanggung plak.. tp insyaAllah, harap saya dan kawan2 dapat settlekan semuanya...

Hari ini xde apa nak cerita sebenarnya.. cuma, ada teguran buat sahabat yang saya nak smapaikan.. sifat asabiah di kampus saya amat ketara.. tapi hari ni saya nk kecilkan skop tu kepada kelas saya sendiri. bukan nak memburukkan, tapi nak tegur... bukan teguran dari saya, tetapi juga teguran dari orang lain yang melihat.. kita selalu tak sedar apa yang kita buat, tp jangan lupa..... ramai yang memerhati..

Apa yang saya nak sampaikan, kepada kawan2 yang sama2 belajar, sama2 menuntut ilmu, kurangkanlah sifat asabiah antum.. rasanya xperlu bgitu.. biar lah kita ramai kawan, ramai kenalan.. 1 hari nanti kita pasti kita nampak kelebihan berkawan tu.. ramai sahabat2 terasa.. bukan wanita sahaja, malah pelajar lelaki juga terasa dengan 1 kumpulan pelajar ni.. ramai beranggapan mereka sombong..

Terjadi 1 peristiwa.. bru sahaja berlaku pagi tadi.. hari ni kami cuti depavali..so, kami beramai2 nak g jogging.. tapi bila dah berkumpul, tiba2 mereka berpecah.. yang saya dan kawan saya ber4 berjogging, dan yang selebihnya jalan... patot mereka bercantik2, bermekap2.. kami pun lari 1 u, baru pergi ke tempat yang mereka nak tuju...

Sampai kat kedai makan, memang terasa la, kawan2 kami sendri td 2, lgsung x hirau kami.. walhal kami sampai lewat cikit je dari mereka. mereka yang dah duduk, dan kami masih berdiri tuk mencari kekosongan tempat, mereka langsung x hirau, xtegur.. begitulah sehingga habis makan..

Bila habis makan, kami nak pulang, kami tegur mereka, tapi mereka sikit pun x balas teguran, malahan palingkan muka ke arah lain.. ya Allah.. padahal mereka dah bersahabat dengan kami lebih dari 3 tahun.. kami pun x paham..

Yang 2 kami boleh tahan lagi.. yang buat kami malu, orang yang asing dari kami tegur.. mereka bertanya dan menganggap seolah2 kami bermusuhan.. kepada readers, pleaz bantu saya bagaimana nak tegur sikap mereka.. wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment