JellyPages.com

Tuesday, December 10, 2013

Redhalah dengan ketentuan Allah


Assalamualaikum semua.. mudah-mudahan anda sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Lama rasanya tidak meng'update' blog ni. Rasanya dan bersawang.. hehe.. maklum lah, sibuk menjalankan tugas sebagai seorang pelajar. entri kali ini sebenarnya bukan lah nak cerita benda penting, atau nak cerita suatu perkara pelik, tapi mungkin sekadar perkongsian biasa.

Alhamdulillah, baru-baru ini, penulis berpeluang mengikuti beberapa siri "Misi Bantuan Banjir' di Pantai Timur. Sedikit sebanyak dapat la membantu para mangsa banjir serta meringankan beban mereka. Hanya Allah yang tahu perasaan mereka yang ditimpa musibah ini, dan juga perasaan kami para sukarelawan. Kesedihan kerana kehilangan harta benda dan kerosakan yang berlaku sungguh tidak diduga. Apa yang boleh dikatakan kepada mereka hanyalah, bersabar dan redhalah dengan ketentuan Allah ini. Moga mereka sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi musibah tersebut kerana Allah tidak akan menguji seseorang melainkan atas kemampuannya. Allahu musta'an.