JellyPages.com

Thursday, August 11, 2011

Tutuplah Aurat


Salam.. hye.. you all pe khabar? (ceh, tetiba je).. puasa camne? Seronok kan? Hope dapat istiqamahkan sampai penghujungnya nanti ea.. jangan curi2 makan plak.. xpasal2 kene ganti nanti..hehe

Entri kali ni saya nak share dengan sahabat wanita.. maybe ianya agak sensitive, tp sensitivity umat islam pun kena jaga.. islam kan agama yang sempurna dalam semua apek kehidupan insan..

Tadi, after terawih, saya dapat 1 pamplet dari AJK surau Darul Anuar.. bertajuk “tazkirah buat wanita”.. isi kandungannnya mengandungi peringatan2  & amaran.. tapi amat baik tuk para wanita..tibe2 pula terpikir... amat menyedihkan bila tengok sahabat2, keluarga sendiri, saudara, sepupu2, artis di media massa dan cetak serta orang2 di sekeliling.. sering dedahkan aurat.. bila ditegur, masing2 nak melenting.. tegur untuk kebaikan pun..

Sekarang, dalam konteks bulan puasa ni.. masih ramai lagi yang puasa, tapi aurat.. MasyaAllah.. dedah sana, dedah sini, yang ketat,sendat, melekat,.. mereka tak fikir ke antara sebab Allah adakan bulan Ramadhan ni untuk apa… baru2 ni.. saya sempat ke bazaar ramadhan.. masyaallah.. ramai sahabat,wanita..pakaian, dengan tak bertudung, rambut ber’dye’, seluar sendat2 melekat.. apa nak jadi ni umat islam semua.. ramai ngaku islam, tapi xtutup aurat dengan sempurna…astaghfirullah..

Sekarang, gaya terkini, ramai Remaja muslimah selesa dengan berbaju lengan pendek yang sangat ketat, dipadankan dengan seluar Jeans yang sangat sendat.. selesa ea korang.. saya yang tengok  ni pun rasa cam seksa je.. wallahua’lam la.. dalam hidup saya xpernah wujud seluar jeans..sekali pun saya xpernah pakai.. takot..nanti jin marah camne..hehe (gurau je).. ha.. dari baju yang ikut bentuk badan tu, bawahnya kan pendek..so, Nampaklah bentuk punggung & pangkal peha korang.. bila bangun, tau pulak nak tarik2 baju tu.. konon nak cover punggung ea.. sedarlah, bangkai gajah tak boleh ditutup dgn daun pisang (betul ke pepatah ni? hehe).. walau pakai tudung, tapi pakaian camni, sorry  la.. ni namanya  “ berpakaian tapi hakikatnya telanjang”.. so, hukumnya tetap sama dengn orang yang dedahkan aurat..

Fesyen camni tak ubah cam pakaian orang kafir.. sebagai umat islam, kita tak boleh meniru atau menyerupai sesuatu kaum lain…. Rasulullah s.a.w pun dah bagi amaran dalan 1 hadis riwayat Abi Daud yang bermaksud : “ sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka”.

Beberapa dalil tentang aurat wanita :-

“ hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir” (surah an-Nur:31)

“ wanita yang berwangi-wangian  dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah umpama perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina” (Riwayat Ahmad, Tabrani dan Hakim)

“sesungguhnya sebilangan ahli Neraka adalah perempuan2 yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang,(menggoda, ketat, seksi, yang cenderung kpd perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana bonggol2 unta , ( didedah dan dibanggakan).  Sungguh, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (hadis sohih riwayat Bukhari dab Muslim).


Tips berpakaian mengikut ciri wanita muslimah :-
1.    1.   Tidak jarang @ nipis dan tidak terlalu ketat
2.     2.  Hendaklah longgar dan tidaklah menampakkan bentuk tubuhnya. ( bukan pakaian yang menggoda).
3.     3.  Tidak menyerupai pakaian lelaki.
4.      4. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.( spt artis2 barat).
5.      5. Bukan pakaian ‘syuhrah’ ( bertujuan untuk mencari popularity)


p/s: sapa sayang ayah n suami, tutuplah aurat.. sebab selangkah anak perempuan @ isteri keluar rumah tak tutup aurat, selangkahlah dekat ayah@ suami kita dekat dgn neraka..

No comments:

Post a Comment