JellyPages.com

Wednesday, August 3, 2011

Sudah Suratan



Salam kepada semua..  kaifa halukum? Hope smua dalam sihat sejahtera.. rasanya belum terlambat kan, untuk saya ucap selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.. Ramadhan kareem..

Juga diucapkan tahniah kepada kawan2 yang dapat tawaran sambung belajar… kepada yang xdapat, jangan kecewa dan putus asa ye.. nanti cuba la lagi.. insyaAllah, ada rezeki x kmana la 2.. yang dapat sambung belajar ke luar Negara, kemana sahaja antum pergi, tahniah.. cari ilmu sebanyak mungkin kat sana nanti, n bawak balik Malaysia, sebar kt sini pula ea..besar pahala 2.. semoga kita semua dipermudahkan urusan..

Walau apa pn kwn2 buat, walau ke mana pun antum belajar, keberkatan paling penting en.. apa yang jadi kat diri kita semua suratan takdir.. hanya Allah Yang Maha mengetahui segala sesuatu.. segala kekecewaan, kegembiraan, kekurangan dan segala sesutau pasti ada hikmah yang hebat Allah sediakan untuk kita..

Saya bersyukur, walau hati ni sedikit kecewa sbb x dapat nak sambung belajar ke universiti pilihan saya.. tapi Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk saya sambung pelajaran.. dapat juga tawaran nak masuk u.. bila fikirkan balik saya bertuah jika di bandingkan dengan rakan2 lain yang x dapat tawaran dari mana2 u.

Terasa kecewa.. tambah kecewa bila keluarga terlalu mengharap saya dapat belajar di universiti dalam negeri Selangor.. tapi apakan daya.. xde rezeki.. saya dah redha, dah terangkan pada keluarga yang semua ni Allah dah tetapkan. Mungkin ini tempat terbaik untuk saya sambung belajar. Alhamdulillah, keluarga memahami..  Kawan2 pun ramai yang dapat kat sana.. jadi x khuatir la xde kawan or sesat dalam u tu..hehe

Bila dah boleh terima kenyataan, tiba-tiba pula dengar berita kawan paling rapat xjd sambung belajar kt u dengan saya.. beliau dapat tawaran belajar ke luar Negara.. saya boleh terima, its ok.. Cuma saya xtaw cmne nak bg taw mak saya.. ye la.. mak saya dah beria2 nak suruh saya drive dari rumah ke kampus dan syaratnya mesti ada dia..sebab mak saya percaya sangat kat dia.. tp nak buat mcm mana.. xde rezeki.. nmpaknya kereta saya tu bakal tersadai la kt umah ni..huhu

Papaepun, redha la dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya REZEKI, JODOH, AJAL semuanya Di TANGAN ALLAH… wallahualam..

No comments:

Post a Comment