JellyPages.com

Wednesday, July 20, 2011

KEREPEK GADONGAN



Salam syaaban semua.. lama x tulis pape dalam blog ni.. maklum la, sibuk sikit.. tambah2 pula tak de talian internet kt umah..huhu.. sedih kan.. sejak saya menghabiskan sesi kursus sijil falak di UniSZA, tak ke mana pun.. saya tenang berada di rumah.. asal mula nk kerja.. ye la.. cuti masih berbaki 2 bulan lagi sebelum masuk u semula..

Tp, atas tanggungjawab keperihatinan seorang anak, saya decide tuk tidak bekerja, tapi membantu ibu menjalankan perniagaannya menjual kerepek ubi atau dalam bahasa jawanya “gadongan” dan masyarakat setempat juga menamakan “opik-opik”.

Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah mendengar nama kerepek tersebut, namun ia agak popular di kalangan masyarakat terdahulu terutamanya masyarakat jawa..Serba sedikit gambaran tentang kerepek tersebut bagi mereka yang tidak pernah mendengar tentangnya.. ianya suatu yang agak unik, melalui cara pembuatannya yang perlu melalui beberapa proses yang rumit..

Ianya bermula dengan mencabut ubi di kebun.. kemudian ubi di kupas dan basuh terlebih dahulu.. kemudian disagat, dibasuh semula, dan di rendam bagi mendapatkan bau yang enak.. cukup tempoh rendaman, ianya perlu di rebus pada kadar masa tertentu untuk mengelak dari terlalu lembik.. kemudian, ianya perlu di jemur sekeping demi sekeping untuk mendapat kerepek yang terbaik.. proses menjemur adalah proses paling rumit kerana ubi apabila direbus, ia mengeluarkan kanji dan menyebabkan ianya melekat antara 1 sama lain.. jemur di tengah panas dan perlu di angkat pada waktu petang..siap, boleh la di gorEng, baru makan..

Ha.. rumit kn? Tu la sebabnya saya decide tuk tolong ibu saya menjayakan misi memartabatkan kerepek warisan.. sekarang da tak ramai buat taw.. Alhamdulillah, Allah maha pemurah.. kini perniagaan ibu semakin besar dan menjelang Ramadhan yang bakal tiba, tempahan semakin banyak.. tak menag tangan kami di buatnya.. k la.. jumpa lain kali.. assalamualaikum..=)

No comments:

Post a Comment