JellyPages.com

Thursday, August 4, 2011

Hadis: Syurga Ramadhan


Salam ramadhan.. semoga hari2 kita sentiasa disinari cahaya keimanan dan ketakwaan kpd Allah.. bagaimana puasa antum? harap xde yang ponteng2 la ea.. sbb kalau kita ponteng puasa dalam bulan puasa ni walau sehari, alangkah besarnya kerugian kita.. ye la.. terlalu banyak fadhilat puasa di bulan Ramadhan ni...

sebut pasal puasa, saya amat tertarik dengan satu hadis nabi S.A.W yang menceritakan tentang syurga... bahasanya cukup indah.. jom kita sama2 hayati..

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa Syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Subhanallah.. Rasulullah menggambarkan keadaaan Syurga.. terlalu indah untuk di bayangkan.. juga Maha pengasihnya Allah terhadap hambaNya.. terlalu besar kelebihan Ramadhan yang Allah kurniakan... Kasih SayangNya terlalu agung hingga tidak membenarkan musuh manusia yang nyata itu merosakkan dan mengganggu puasa hambaNya... lalu di buka pintu Syurga dan di tutup pintu neraka.. bukan itu sahaja, malah mengampunkan dosa2 hambaNya yang sentiasa memohon ampun padaNya..
Subhanallah.. moga2 kita sentiasa ingat akan Allah dengan banyakkan zikrullah dan ibadah dalam bulan Ramadhan ini.. Mudah-mudahan kita kelak di tempatkan dalam SyurgaNya..amin.. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment