JellyPages.com

Friday, December 30, 2011

Angan-angan menjadi kenyataan



Salam.. alhamdulillah, walau study week, tetap semangat nak update blog ni.. nothing to story.. tp rasa bosan la pulak hadap buku jer.. study  tak sampai 2 jam, mata dah layu pulak.. otak pun da pk yang lain..hehe

Alhamdulillah, kata orang rezeki ada kat mana-mana.. dan ada pepatah kata orang berbudi, kita berbahasa.. moral of the story, nak diringkaskan cerita tiap kali nampak kapal terbang kat udara, rasa nakkkk sangat naik.. readers pernah naik fligh tak? mesti ramai yang pernah kan.. saya tak pernah..(wt ayat sedih pulak) ye la, yang dapat selalu angan-angan je "bila la nak dapat naik.." ye la.. nak ke mana je la naik fligh tu.. family pun bukan orang senang nak taja saya naik fligh.. tapi angan-angan kadang-kadang boleh jadi kenyataan kan..(bukan angan-angan mat Jenin.hehe)

Baru-baru ni saya dapat tawaran dari seorang hamba Allah untuk saya realisasikan angan-angan saya tu.. mula-mula dengar memang teruja.. ye la.. bukan mudah dan bukan semua orang boleh dapat peluang & tawaran keemasan macam saya ni.. seseorang nak taja penerbangan saya balik ke kampung after final exam ni.. syoknya.. tambahan pula perjalanan saya dari LCCT ke Banting dekat je.. dalam setengah jam boleh sampai.. berbanding dari Kelang Sentral yang amik masa sejam setengah.. mudah la jika family nak jemput.

Saya rasa sangat-sangat bersyukur dan anggap semua ni rezeki dari Allah.. teruja dan terharu pun ada.. sesugguhnya Allah itu memang Maha Pemurah.. Segala Puji Bagi Allah..:)

No comments:

Post a Comment