JellyPages.com

Thursday, December 29, 2011

Karnival Hijrah


Diam tak diam, dah sampai penghujung semester kan.. sekarang ni study week.. tp tak study pun.. belum ada mood la konon nya… nak cerita la cikit kan..Baru-baru ni, saya bersama 2 orang sahabat berkesempatan berkunjung  ke Karnival Al-Hijrah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Program yang sangat meriah dan informatif.. ramai pengunjung yang hadir. Karnival ini berlangsung selama 3 hari bermula 22 hingga 24 Disember 2011. Bersempena karnival ini juga diadakan ‘Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2011’ anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 Pelbagai agensi kerajaan dan swasta membuka gerai pameran masing-masing. Saya juga sempat berkunjung ke beberapa booth pameran seperti booth TV al-Hijrah, IKIM, JKSM, MAIWP, Pelancongan Negeri Terengganu, Kolej PUSRAWI, UniSZA, Lembaga Tabung Haji, PDRM dan banyak lagi. Macam-macam informasi saya dapat. Bukan tu je, cenderahati dari booth2 tu pun dapat. Sampai tak cukup tangan nak pegang..hehe.

Mula-mula sampai, kami meronda-ronda cuci mata di gerai-gerai jualan yang ada. Macam-macam ada.. tapi paling top sekali, berdasarkan pemerhatian saya la kan,  barangan “angry bird”.. banyak betul produk berbentuk angry bird tu.. dari jam tangan, bekas pensil, beg dan air minuman pun ada.. tengah trend kot..hehe

Lepas tu, kami round pula kat kawasan pameran produk IKS.. macam-macam produk ada hasil tangan rakyat Malaysia.. rasa kagum pula tengok mereka.. antara produk yang ada seperti micai kucing, minyak kijang, minyak wangi, bahan jimat petrol, kerepek, pizza, buah-buahan, kraftangan dan sebagainya. Secara tak langsung, dapat semangat saya nak jadi seperti mereka.. gigih sampai boleh pasarkan produk hasil mereka sendiri ke pasaran yang lebih luas..

Kemudian, kami masuk ke 1 booth yang cantik dan menarik.. dikenali sebagai “pavilion YaPEIM” yang mana di dalamnya ada beberapa aktiviti menarik sesuai untuk semua peringkat umur seperti untuk kanak-kanak terdapat ‘Funland’ atau taman permainan Inflatables, untuk orang dewasa pula disediakan permainan golf menggunakan simulator, juga ditempatkan pusat pameran i-ar Rahnu YaPEIM, dan paling mengagumkan adalah teater inovasi YaPEIM. Teater tersebut mempamerkan kecanggihan teknologi yang belum pernah saya lihat sebelum ini iaitu Helio Display. Ianya memaparkan video dalam bentuk seperti asap yang sangat cantik dan menarik, selain terdapat wifi Fotografi, 3D teater, table touch screen dan sebagainya.


Pentas "pavilion Yapeim" di Fwstival al-Hijrah

Kembara diteruskan ke booth pameran.. pertamanya kami jejakkan kaki ke pameran “detik kegemilangan islam”. Di dalam pameran tersebut terdapat pelbagai khazanah lama yang masih tersimpan dan secara jujurnya saya tidak pernah lihat sebelum ini seperti replika pedang Saidina Abu Bakar, barangan tembaga, manuskrip dan al-Quran lama, alatan astronomi, cop mohor iskandar Zulkarnain, barangan tembikar dan sebagainya. Sagat teruja disamping banyak ilmu yang kami dapat.. jarang sekali berpeluang nak tengok barang-barang berharga seperti itu.. sambil-sambil, teringat perjuangan sahabat pada zaman dahulu..
Al-quran lama yang di pamerkan

Pameran peralatan falak

Teruskan perjalanan. Kami singgah dari satu booth ke satu booth yang lain.. saya yang suka bertanya ni apa lagi, tak nak lepaskan peluang Tanya lah benda yang berkaitan.. kata orang nak dapat ilmu, kt mana-mana pun boleh kan.. macam-macam ada.. tapi paing saya suka bila berkunjung ke booth JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).. kat sana paling banyak yang saya Tanya. Ye la.. seorang yang bercita-cita nak jadi peguam, bila dapat peluang Tanya kat tempat yang tepat, Tanya la apa yang kita nak tahu. Hehe.. dan paling saya semangat bila berkunjung ke booth MAIWP (Majlis Agama Ialam Wilayah Persekutuan).. ada seorang pakcik tu, lepas saya borak-borak panjang, dengan pelbagai pertanyaan saya ajukan, last2 dia kata saya ada ciri seorang lawyer.. saya dan kawan-kawan hanya tersenyum je la.. tapi bagi saya itu satu suntikan semangat dan anggap sebagai satu doa, walau nilaian seseorang yang asing terhadap saya.
Pelbagai pertanyaan di ajukan di booth MAIWP

Menerjah ke booth JKSM


Bila lalu depan booth TV al-Hijrah pula, kami terhenti seketika.. nak buat apa? nak tengok chef memasak.. hehe.. rancangan tv, masak-masak.. kami bertiga pun duduk sekejap tengok chef masak apa. Masakan berasaskan kentang.. macam sedap je tengok.. Sedikit sebanyak dapat juga bantu skill memasak kami nanti kan..hehe
Booth Utama TV al-Hijrah

Dah puas jalan, kami pulang ke UniSZA dengan selamat.. naik bas Bandar.. walu penat, tapi rasa berbaloi.. ye la.. tangan penuh dengan cenderahati dari booth-booth yang kami kunjung, dengan pamplet yang dikutip, buku, siap makanan lagi… seronok.. tambah pula dapat banyak ilmu, pengalaman, informasi dan maklumat yang kami dapat.. kiranya macam lawatan sambil belajar la ni.. hope dapat jumpa lagi dengan program ilmiah macam ni..

 wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment