JellyPages.com

Sunday, April 17, 2011

Sepetang Bersama



Assalamualaikum.. salam sejahtera sahabat-sahabat sekalian.. apa khabar semua? Harap anda semua dalam sihat dan sentiasa dalam Redha Allah hendaknya.

Ana nak berkongsi cerita kepada antum semua ni.. semalam, selepas menunaikan solat asar, ana bersama 4orang sahabat ana (pija, hanim, ipah, siha) bersama-sama pergi ke Taman Rekreasi di Bandar Kuala Terengganu yang terletak berhadapan Bukit Besar. Mulanya kami hanya sekadar borak kosong, tak sangka pula jd kenyataan. Tu la, kita hanya merancang.. Allah yang menentukan..

Nak jadikan cerita, ana dan sahabat ana ni pergi kesana sekadar nak beriadah sambil menghirup udara segar la kan… asyik jogging dalam u je, suasana sama je.. *bajet g jogging kt u..Hehe*

Sampai di sana, ana yang pertama kali ke sana rasa seronok bila tengok banyak pokok, kemudahan senaman dan trek laluan untuk beriadah. Ramai juga orang di sana. Ana ni tak de la berjoging pun, sekadar berjalan.. orang kata, kita jalan je pun da boleh turunkan jumlah kalori dan lemak dalam badan..hehe..

INFO : CARA RASULULLAH BERJALAN.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan yang maksudnya : “saya tidak pernah melihat apapun yang lebih indah dari Rasulullah S.A.W. seolah-olah matahari beredar  di wajah beliau. Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang jalannya lebih cepat daripada Rasulullah S.A.W , seolah-olah bumi dilipat untuk beliau. Sungguh, kami harus memaksa diri (untuk berjalan seperti itu) dan beliau tidak peduli (terhadap rasa lelah kami).” {HR Tirmidzi, Ahmad, Abu Syaikh< dan Ibn Sa’d}
ð  Sumber : Syamail Muhammad

 Sambung cerita tadi, bukan sekadar berjalan, ana seronok bermain alat senaman yang disediakan di sana. Tu pun nak main kena berebut dengan kanak-kanak yang lebih kurang umur budak sekolah rendah.. *time tu rasa muda pulak..hehe*…


pusing, jangan tak pusing.. senaman pinggang..
terasa nak angkat berat sambil naik basikal? try la alat ni..hehe
bagi yang malas lari atas trek, kayuh la benda ni..hehe

senaman tangan..

Dalam islam juga mementingkan beriadah untuk menyihatkan badan..kerana badan yang sihat dapat menjamin kesempurnaan dalam beribadah... Ana teringat akan 1 kata pujangga arab  yang bermaksud : “ Akal yang cerdas pada badan yang sihat”.. akhir kata, sentiasalah bersenam untuk kesihatan tubuh kita..=)

Wallahua’lam.. 


No comments:

Post a Comment