JellyPages.com

Saturday, April 16, 2011

Pemantapan siswi


Salam ukhuwah buat semua ikhwan wa akhawat saudara seislam ku. Semoga hidup antum sentiasa ceria dan dalam redha Allah…

Hari ini ana hendak berkongsi sedikit pengalaman ana. Pada minggu lepas ana dan beberapa sahabat telah menyertai program “ Seminar Pemantapan Siswi” bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program tersebut adalah anjuran Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek UMT. Ana dan sahabat-sahabat berasa sungguh bertuah atas jemputan tersebut dan merasakan pihak penganjur dapat menjalankan program tersebut dengan jayanya.

Program yang julung kalinya diadakan tersebut telah dirangka khusus untuk mendedahkan isu-isu dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh para siswi dan golongan wanita. Seminar tersebut bukan sahaja untuk mahasiswi UMT, bahkan mereka juga  menjemput peserta dari institusi lain seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Institut Perguruan Batu Rakit, UiTM Kuala Terengganu dan juga pelajar dari SMK Lembah bidong.

Program yang agak mendapat sambutan dari kalangan siswi ini telah banyak mendedahkan tentang isu-isu berkaitan wanita melalui slot-slot ceramahnya.
Ceramah pertama disampaikan oleh Dr Arnie Abdul Rahim yang merupakan Pengarah Pusat Kesihatan UMT telah menyampaikan ceramah bertajuk “ Kesihatan Reproduktif Wanita”. Ceramah ini amat baik sekali kepada para siswi kerana berkaitan isu system peranakan dan anggota dalaman wanita yang kurang diketahui dan di ambil cakna oleh mereka. Antara kandungan ceramah beliau adalah mengenai penyakit-penyakit yang kerap berlaku kepada siswi, antaranya :
1)      Masalah period
2)      Vaginal discharge
3)      Hormone related
4)      Breast problems
Selain itu, beliau juga menerangkan tentang penyakit-penyakit lain yang berkaitan serta langkah pencegahannya.

Slot ceramah kedua pula bertajuk “ Undang-undang dan Wanita” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Wan Izatul Asma binti Wan Talaat iaitu pensyarah undang-undang UMT.  Beliau menyampaikan isu undang-undang berkaitan wanita. Jika diperhatikan dalam undang-undang antarabangsa mahupun undang-undang di Malaysia, banyak undang-undang yang memihak dan menjaga hak-hak wanita. Sebagai contoh, dalam perlembagan persekutuan, artikel 8 (i) wanita mempunyai hak samarata dalam undang-undang dan pindaan pada artikel 8 (2) -2001- terma ‘gender’ dimasukkan asas larangan untuk diskriminasi. Begitu juga dalam undang-undang bertulis, terdapat akta-akta seperti hak penjagaan, nafkah serta keganasan terhadap wanita.

Pada slot ketiga, yang pada pandangan ana merupakan slot paling menarik iaitu demonstrasi bertajuk  "selamatkan Diri Anda” oleh pasukan dari Green Hornet. Demostrasi ini memaparkan reality sebenar kehidupan wanita yang terdedah kepada ancaman dan bahaya seperti jenayah rogol, ragut dan keganasan terhadap wanita. Dalam demonstrasi tesebut, diajarkan tentang cara-cara untuk MENYELAMATKAN diri , bukan MEMPERTAHANKAN diri. Ini kerana menurut penceramah, wanita bukan kaum yang lemah, tetapi “lemah lembut”. Dalam situasi berdesak, mereka perlu bijak menyelamatkan diri. Ana berasa sungguh bersyukur kerana dalam seminar ini pelbagai teknik menyelamatkan diri telah diajarkan, dan ana mendapati bahawa taktik-taktik tersebut mudah untuk kita praktikkan.

Pada sebelah petang, seminar di teruskan lagi dengan slot forum yang bertajuk “ Wanita Unggul Peneraju Kerjaya dan Keluarga”. Forum ini telah menampilkan 3orang panel yang bagi ana memang cukup hebat kerana mereka dari kalangan insane yang Berjaya, 2 daripadanya wanita berkerjaya dan diserikan seekor kumbang antara mereka. Mereka adalah:
1)      Encik Abdul Jalil Ali : Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian dan merupakan tokoh wartawan 2010.
2)      Prof Dr Yang Farina binti Abdul Aziz : pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi UKM.
3)      Puan Azni bt Ariffin :  General Manager ( Legal and Secretarial), Pernec Corporation.

Akhir sekali, majlis penutup program yang pada pandangan ana, amat menarik kerana penuh gimik yang dilakukan. Akhirnya, bagi ana program begini amat baik kerana memberi pendedahan kepada para siswi untuk memahami diri masing-masing selain menambah pengetahuan yang berguna kepada diri dan masyarakat…

WALLAHUA’LAM……

No comments:

Post a Comment