JellyPages.com

Friday, April 15, 2011

Larangan Berkasar Dengan Kedua Ibu Bapa




Salam.. sahabat sekalian..  semoga anda sentiasa berada dalam rahmat Allah hendaknya.. pada entri kali ini ana hendak berkongsi beberapa perkara kepada anda semua tentang larangan berkasar dengan kedua ibu bapa.

Ana nak kongsi perkara ini sebab ana rasa tak sedap ati.. baru beberapa jam lalu ana menerima panggilan dari ibu ana.. ana dapat bercakap dengan ibu ana sekejap sahaja, kemudian beliau menyerahkan talian kepada bapa ana. Dalam tidak sedar ana ada sedikit terkasar dengan bapa ana tadi.. Astghfirullah.. kami berbual panjang dalam telefon tadi. Antaranya tentang hal ana yang lebih kurang 3 minggu lagi akan tamat pengajian di peringkat diploma. Ana terkasar kepada bapa ana sehingga membuatkan beliau terdiam seketika.. Astghfirullah.. Abah.. maafkan fida..

Dari situ, ana ingin mengajak & menyeru sahabat sekalian supaya menjaga percakapan seharian kita agar tidak mengguris hati kedua ibu bapa kita.. dan sentiasalah bersegera memohon maaf kepada keduanya jika kita melakukan kesalahan. jangan tunggu hari raya baru nak minta maaf ye…

Sahabat sekalian, kenanglah jasa dan pengorbanan kedua ibu dan ayah kita. Mereka telah menjaga, memelihara, mendidik dan mengasuh kita sejak kita dilahirkan lagi.. janganlah sesekali menyakiti hati mereka  dan janganlah mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka walau berkata “ah”.

Seperti dalam firman Allah Taala dalam surah al-Isra’: ayat 23 yang bermaksud :
“ Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dan dalam jagaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah kamu menengking dan menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Dalam ayat di atas jelas menunjukkan bahawa wajib ke atas semua manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan perlu menjaga kata-kata kita agar tidak menyakiti mereka. Hendaklah berkata kepada kedua mereka dengan perkataan yang mulia dan lembut dengan penuh beradab dan rasa hormat. Dan rendahkanlah hati kita terhadap mereka dengan penuh kasih sayang .

Sungguh besar pengorbanan ibu bapa kita terhadap kita, hingga tidak dapat kita bayar dengan wang ringgit, hatta kita beri mereka segunung emas pun kita tidak lagi membalas jasa mereka.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “ seorang anak tidak dapat menbalas ayahnya kecuali anak itu mendapati ayahnya menjadi hamba kemudian dia membelinya dan memerdekakannya. (HR Muslim dan Abu Daud).

Oleh yang demikian, sentiasalah kita berusaha membalas jasa mereka dan mengejar syurga yang terletak di bawah kaki ibu dan Sentiasalah berdoa untuk kedua mereka dengan doa:
“  Ya ALAH, sayangilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya menyayangi dan mendidikku semasa aku kecil “.

Wallahu’alam….

No comments:

Post a Comment