JellyPages.com

Thursday, November 15, 2012

Kg Seberang Takir, Terengganu




Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan berkesempatan berkunjung ke Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu  yang terkenal sebagai perkampungan nelayan. Memahami dan mengkaji gaya hidup, ekonomi, sosial dan kemajuan di kampung tersebut membuatkan kami masing-masing teringat kampung halaman. Kedamaian dan keharmoniannya sangat menenangkan. Ditambah pula dengan penduduknya yang ramah, terasa seperti mahu sentiasa berkunjung ke sana. Komuniti nelayan yang masih wujud di sana sangat gigih dalam mencari rezeki di laut.

Ekonomi masyarakat di sana semakin maju. Terdapat perusahaan Keropok lekor, batik, budu dan belacan. Tidak kurang hebatnya juga perkhidmatan bot penambang yang semakin popular di kalangan pelancong asing dan penduduk setempat.

Alhamdulillah, walaupun kami ke sana atas dasar membuat kajian bagi tugasan subjek  Hubungan Etnik, tapi banyak ilmu yang kami dapat. Seronok bila dapat melihat sendiri proses membuat keropok lekor secara live dari awal penyediaannya sampailah ianya siap untuk dijual. Makcik-makcik di sana sangat peramah dan melayan segala pertanyaan kami dengan baik. Lepas ini, balik kampong sendiri, boleh lah buat keropok lekor sendiri kan..hehe

Tekun: Para pekerja perusahaan keropok lekor sedang menggentel keropok.

Unik: masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan keropok.

Setelah melihat [erusahaan membuat keropok, kami pergi ke tepi laut.. saja nak tinjau-tinjau keadaan. Nak tengok bot-bot nelayan, tengok rumah-rumah kat sana, dan berharap ada la nelayan yang baru nak naik. Akhirnya kami jumpa dengan seorang warga kampung tersebut. Pak Syariff banyak ceritakan pengalamannya sepanjang menetap di kampung tersebut dan pengalaman di laut. Beliau juga ada menceritakan serba sedikit tentang hal-ehwal kehidupan masyarakat nelayan. Seketika saya duduk di beranda rumahnya terasa damai, rasa macam xnak balik je.. ye la, rumah tepi laut dengan air yang kelihatan tenang dan angin sentiasa bertiup sepoi-sepoi bahasa, suasana rumah kampung pula tu. Indahnya, walaupun terasa panas bahang dari senaran matahari. Tambahan pula, Pak Syariff sangat 'sporting' dan ramah dalam melayan dan menjawab soalan kami.

Pak Syariff: seorang nelayan di Kg Seberang Takir

Tak lama lepas tu, datang pula pak Jalil. Beliau orang lama kampung Seberang Takir. Selama 78 tahun beliau tinggal di kampung tersebut dan dengan bersemangat beliau menceritakan sejarah pembukaan atau sejarah permulaan kampung tersebut. Sejarah yang sangat unik. Saya menjadi kagum dengan perjuangan peperintah pada zaman dahulu yang mengamalkan dan menegakkan prinsip Islam.

Pak Jalil: Orang lama yang banyak tahu tentang sejarah Seberang Takir.

Setelah itu, kami mengambil keputusan untuk mencuba dan merasai pengalaman menaiki bot penambang yang disediakan di sana. Dengan tambang yang sangat murah, hanya RM1, kita dapat merasai pengalaman duduk di dalam bot tersebut lebih kurang 15minit menuju ke Pasar Payang. Sangat-sangat seronok. Lagi-lagi yang bagi yang belum pernah merasai menaiki bot. Walaupun deruman enjin bot yang kuat, tapi pemandangan di sana sangat menarik . Subhanallah..
Bot penambang yang menjadi pengangkutan utama
penduduk Seberang Takir ke bandar K.Terengganu.

Banyak sangat perkara yang kami pelajari selama pengembaraan kami ke kampung tersebut. Jika berkesempatan, terasa nak datang balik ke sana. Pengalaman dan pengetahuan yang kami dapati susah nak dapat kat tempat lain. Ilmu membuat keropok lekor, menaiki bot, mempelajari cara hidup nelayan, peralatan menangkap ikan, nilai kemasyarakatan di sana, dan beberapa perkara lagi diharapkan dapat memberi manfaat. Terima kasih kepada sahabat sekumpulan kerana kerjasama yang sangat padu untuk kami menjalankan kerja lapangan tersebut. 

Ahli Kumpulan yang awsome!!! 


Wallahua’lam.

1 comment:

  1. Saje je taip kampung seberang takir. Scroll punye scroll ternampak gambar arwah toki. Pastu bace blog ni, rumah atas air tu lah tmpat kami ank cucu membesar. Jdi teringat kenangan waktu kecil. Kini kedua² sahabat, pak sharif dan pak jalil telah tiada. Alfatihah

    ReplyDelete