JellyPages.com

Sunday, February 26, 2012

CARA MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK GHAIB


Alhamdulillah, syukur kepada Allah masih diberikan peluang untuk menghirup udara yang segar serta mampu mengucapkan zikir dan doa kepada Allah..

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi satu topik yang menarik serta sedikit pengetahuan yang saya dapat dari seorang ustaz ketika menghadiri kuliah maghrib tentang cara mengatasi gangguan makhluk halus.. Topik ini diperbincangkan kerana sejak kebelakangan ini kejadian 'histeria' dalam kalangan pelajar wanita banyak berlaku..

Antara intipati yang disampaikan adalah:

1 - Bagaimanakah cara untuk menjaga atau mengelak diri dari gangguan tersebut?

Bagi persoalan tersebut, 3 perkara utama perlu di titikberatkan terutama kepada para wanita iaitu :-
i) Menjaga kebersihan diri
Bagi wanita yang mengalami haid, disarankan untuk membasuh tuala wanita yang telah digunakan dengan bersih dan dibuang ke dalam tempat yang dikhaskan. dilarang sama sekali untuk membuangnya merata-rata kerana difahamkan makhluk seperti jin amat menyukai benda yang kotor.

ii) Menjaga aurat
Seperti yang diketahui, wanita muslim wajib menutup aurat iaitu seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, bilamana sahaja wanita ingin keluar, wajib untuk menutup auratnya dari dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. Sebagai contoh, ramai wanita menganggap menutup kaki atau memakai stokin adalah tidak perlu atau tidak wajib. Tetapi harus diingat batasan aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, termasuk kaki. Dalam hal ini, wanita perlu menutp kakinya kerana salah satu faktor adalah makhluk tersebut akan masuk ke dalam badan seseorang melalui kakinya.

iii) Membuang patung-patung yang menyerupai benda hidup di rumah
Bagi yang memiliki patung 'teddy bear' atau 'barbie', dinasihatkan agar anda membuang atau menghilangkan patung-patung tersebut dari rumah atau bilik.. ini kerana rumah yang terdapat patung di dalamnya didak akan dimasuki Malaikat.. walahua'lam. 
# hukum bermain atau menyimpan patung:
- harus bagi kanak-kanak yang belum baligh.
- haram bagi yang sudah baligh.


2 - Ciri-ciri atau perbuatan seseorang yang mendorong berlakunya gangguan terhadap seseorang:

i) Kegagalan seseorang untuk mempertahankan diri atau lemahnya iman seseorang seperti seseorang yang suka melalak-lalak, sentiasa lalai dari mengingati Allah atau banyak melakukan perkara sia-sia dan seseorang yang tidak dapat mengawal dirinya.

ii) Selalu tidur selepas asar - kesan: kebiasaannya orang yang tidur selepasa asar, apabila dia bangun akan mendapati lebam-lebam iaitu biasanya di kawasan peha atau lengan. jika diamati atau disuluh menggunakan torchlight, kita akan dapati lubang-lubang halus di kawasan lebam tersebut yang dipercayai kesan gigitan makhluk halus.

iii) Wanita yang suka mandi tanpa memakai apa-apa - jin suka pada wanita dan segala yang ada pada wanita. Jadi, jangan sampai mereka jatuh cinta dengan anda!

iv) Banyak mulut - seperti banyak mengumpat, dan bercakap tentang perkara-perkara lagha.


3 - Cara untuk menghilangkan kesan lebam atau untuk mengelak gangguan:

-Sediakan dalam 1/2 kg limau nipis, perah didalam baldi + air... baca 7x surah al-Fatihah diiringi selawat. amalkan selama sekurang-kurangnya 7 hari, insyaAllah kesan tersebut akan hilang.

~kuliah maghrib surau saodah~

No comments:

Post a Comment