JellyPages.com

Friday, February 17, 2012

Niat Menuntut Ilmu



Semester baru bermula.. maka bermulalah kembali perjuangan dalam menuntut ilmu.. tajdid niat untuk menuntut ilmu hanya kerana Allah dan bukan kerana terlalu mengejar pointer atau sanjungan orang ramai.. Niatkan dengan harapan agar ilmu yang diperoleh akan diberkati oleh Allah dan bermanfaat kepada kita untuk kita amalkan di dunia dan sebagai bekalan di akhirat nanti... 

Saya tertarik pada kata2 imam al-Ghazali yang menjelaskan tentang niat dalam menuntut ilmu:

"Bila kamu niatkan dengan menuntut ilmu itu adalah untuk membangga diri, bersaing, mengungguli rakan2, menarik perhatian manusia, dan mengumpulkan harta benda dunia, maka sebenarnya kamu sedang berusaha memusnahkan agamamu, membinasakan dirimu dan menjual akhiratmu dengan dunia…transaksimu rugi dan perniagaanmu gagal dan gurumu adalah pembantumu dalam melakukan maksiat dan sekutumu dalam kerugianmu itu.. dia ibarat orang yang menjual pedang kepada seorang perompak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “ Sesiapa membantu seseorang dalam melakukan perbuatan maksiat meskipun hanya dengan sebahagian perkataan, maka dia adalah sekutu bagi orang itu dalam maksiat tersebut".

(Imam al-Ghazali - dalam kitab "Bidayatul Hidayah")

No comments:

Post a Comment