JellyPages.com

Monday, February 10, 2014

TIGA SOALAN BUAT DIRI


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ni Allah masih panjangkan umur kita. Mudah-mudahan setiap helaan nafas sepanjang kita hidup di dunia ini, diberkati Allah.

Terlalu lama rasanya tak meng'update' blog ni. Setahun juga la blog ni terbiar sepi tanpa berita dan cerita. Nikmat masa yang ada perlu di salurkan pada kerja-kerja yang bermanfaat. Disebabkan sibuk belajar, kelas, tugasan, tesis, latihan PALAPES dan hal-hal lain, terpaksa 'set aside' jap pasal blog ni.

Apapun, kalau diikutkan sepanjang setahun ni memang banyak cerita, kisah, pengalaman & kenangan nak share. Tapi banyak sangat. Tak larat la nak taip panjang-panjang.. hehe.. Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik sekarang dah masuk semester ke6 utk degree. Means, sekarang dah masuk semester terakhirlah buat aku dan kawan-kawan lepasan diploma. Ini juga bermakna, dah 6 tahun aku duduk kat negeri Terengganu. Macam-macam kenangan suka, duka dah berlaku kat sini. Rasa berat hati je nak tinggalkan UniSZA. Lepas ni mesti rindu kat suasana tarbiyyah kat sini. Tak apalah. Di mana kita, ke mana kita, semua tu bukan ukuran. Yang penting tujuan kita bila buat suatu perkara mestilah kerana Allah. Insya Allah.

Teringat kata-kata jurulatih PALAPES baru-baru ni. Peringatan ringkas yang sangat baik untuk 'mengusik' hati-hati orang yang mendengar. Pesanan supaya menilai kembali dan memuhasabah semula tujuan kita hidup di dunia ini. 3 persoalan perlu sentiasa diajukan pada diri sendiri, supaya kita lebih mengenal diri kita sendiri. Sebab sesiapa yang tidak mengenal dirinya, maka dia tak kenal tuhan. 3 soalan tersebut adalah : Siapa kita? mahu apa kita? dan ke mana kita?

Setiap orang akan mempunyai jawapan yang berbeza. hanya kita sahaja yang kenal siapa kita. Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah. Moga Allah redha. Renung-renungkan.. =)


No comments:

Post a Comment