JellyPages.com

Saturday, June 4, 2011

Pengalaman

-->
Salam semua sahabat.. harap antum semua dalam keadaan sihat dan ceria.. lama tinggal blog ni.. kalau rumah, maunya bersarang ngn sarang labah2 da ni..hehe

Alhamdulilah,  bersyukur kepaad Allah atas segala nikmat yang di Kurniakan… nikmat sihat, rezeki, ilmu, dan banyak lagi… setelah berhempas pulas selama 3 tahun belajar di peringkat diploma,  Alhamdulillah ana dan sahabat telah Berjaya menamatkan pembelajaran dan bersyukur atas keputusan yang kami dapat…

Bagi mengukuhkan lagi ilmu yang ada, ana dan beberapa orang sahabat, kini sedang menjalani Program Sijil Falak UniSZA sesi 2010/2011.. Alhamdulillah perbagai ilmu, manfaat,cabaran,  dan keseronokan mempelajari ilmu ini walau baru 2 minggu kami belajar… kursus ini bermula pada 23 Mei 2011 dan tamat pada 21 Jun 2011…kursus ini antara lain bertujuan untuk mengkaji dan meneroka keagungan dan kebesaran Allah, di samping manfaat kepada diri, agama, masyarakat dan Negara.

Pelbagai pengalaman di peroleh.. antara pengalaman yang menarik adalah belajar memasang alat teodolit.. alat yang digunakan untuk mengukur tetepatan sudut untuk melihat anak bulan, atau memfokus objek yang jauh.
memasang teodolit sebelum mencerap

amali memasang teodolit
Alhamdulillah, dalam kursus ini kami berada pada tarikh yang sesuai.. pada 28 Mei 2011 yang lalu, kami dapat mengukur ketepatan arah kiblat ketika mana matahari berada betul2 di atas Kaabah pada jam 5.16 petang.. kami dapat melihat bayang2 matahari pada sudut arah kiblat.. pengalaman yang menarik..^_^

Pada 2 Jun 2011,  kami di bawa ke Balai Cerap KUSZA di Merang, Setiu Terengganu. Di sana, kami menjalani amali mencerap anak bulan Rejab selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Jun 2011.. pada hari pertama, perasaan kami agak hampa kerana menurut perkiraan kami melalui kaedah hisab, pada tarikh tersebut anak bulan akan kelihatan.. tetapi disebabkan faktor cuaca dan awan yang tebal, anak bulan tidak kelihatan.. tapi pada 3 Jun, kami amat bertuah kerana dapat melihat anak bulan dengan menggunakan pelbagai peralatan seperti teleskop, binocular, dan teodolit. Hatta dengan mata kasar pun kami dapat melihatnya.. subhanallah, amat menakjubkan ciptaan Allah..
suasana ketika mencerap

persediaan.. menyemak koordinat pada tiodolit
anak bulan rejab yang kelihatan.. gambar diambil dari peralatan teleskop
Sambil tengok anak bulan tu, kami sempat la tengok pemandangan time senja.. so sweet dapat tengok matahari terbenam dari atas bukit.. subhanallah.. cantikkkk.. 
suasana senja

Bersambung akan datang.. wallahua’lam..^_^

No comments:

Post a Comment