Salam kepada readers... hope semua sihat-sihat sahaja.. lama tak update blog ni.. tetiba je tangan ni gatal nak menaip.. (mentang2 da xde assignment).. hehe.. lately, agak buzy sikit.. banyak assignment, kerja-kerja persatuan dan latihan PALAPES lagi...
takde apa nak cerita pun ni., sekadar nak share.. pagi ni saya baru je balik dari kampung.. tak cuti, tapi mengada nak balik..hehe.. ada la urusan.. tak mungkin saya saja-saja nak balik.. membazir fulus je kan..
Nak cerita pengalaman.. baru berlaku semalam.. pengalaman yang agak extream juga la.. konon berani sangat la kan.. tak nak susahkan mak abah.. konon nak berdikari.. hehe. ceritanya camni.. nak balik u, saya kena naik 2 buah bas.. 1st destination, stesen bas Banting.. abah hantar.. kemudian saya naik bas ke Kelang.. dalam perjalanan, jalan sesak, jam.. maklumlah hari minggu.. semua nak keluar dengan keluarga.. mula-mula naik bas, ok je.. tegok kanan, tegok depan, sesekali tengok kiri.. saya duduk depan sekali, sebelah kanan.. asal mula saya naik, sekumpulan orang Asli duduk depan saya.. itu ok lagi.. tapi bila mereka turun je, ada la mamat macam warga indonesia, macam bangla.. pandang saya semacam je.. kejap2 pandang, kejap2 pndang.. bukan pandang biasa.. pandangan yang menakutkan... saya pun bedebar dan ketar la juga.. saya pandang luar tingkap je.. sesaat pun saya tak toleh ke depan.. bibir hanya mengungkap kalimah "Allah".. doa tak putus2.. seorang-seorang perempuan dalam tu.. belakang semua warga asing.. tawakal pada Allah je la time tu.. dan tak berhenti sebut "Bismillah hillazi la yadurru ma'as mihi syaiun fil ardi wala fis sama'i wahuwas sami'ul alim". Doa yang ustaz ajar supaya sentiasa dilindungi dari sebarang bahaya dan malapetaka..
Sampai di hentian bas Kelang, jejakkan sahaja kaki ke bumi, terasa seperti berada di satu tempat yang terlalu asing bagi saya. seolah-olah saya berada di negara asing.. kebanjiran warga asing membuatkan saya betul-betul kecut perut.. dengan keadaan saya yang bertudung labuh, berseorangan, terasa macam-macam boleh terjadi.. Tapi dengan keyakinan pada Allah, tawakal, saya teruskan berjalan di tengan kebanjiran warga asing tu.. rasa takot menyelubungi diri.. sehingga saya masuk ke satu lorong untuk mendapatkan bas ke Kelang Sentral (jalan shotcut).. keluar je dari jalan tu, nampak pula kereta polis dan sekumpulan manusia sedang mengelilingi satu kawasan.. tapi saya buat tak kisah je.. terus meluru mencari bas yang bakal dinaiki.. tapi, masyaAllah.. seluruh kawasan hentian bas tersebut PENUHHHHH dengan warga asing.. sepertinya mereka baru sahaja menghadiri perhimpunan sejuta warga! saya terasa seolah-olah bukan berada di negara sendiri.. bukan berada di Malaysia.. amat-amat menyeramkan tambahan apabila saya berseorangan.. dalam hati hanya Tuhan yang tahu.. tapi saya sangat2 bersyukur apabila Allah dengar rasa hati saya.. Allah datangkan 2 orang sahabat.. saya yang mula-mula menegur mereka.. itupun selepas saya yakin yang mereka orang-orang yang baik berdasarkan pakaian mereka.. Tak lama kemudian Allah datangkan lagi 2 orang sahabat, juga saya yakin orang yang baik atas pakaian bertudung dan berbaju kurung.. rupanya mereka senasib dengan saya, yang rasa ketakutan melihat kebanjiran warga asing ketika itu.. ketika itu jam menunjukkan 7.15malam.
Bas pertama sampai, terus warga asing "conquer".. berebut2, rempuh2, tolak2, jerit2.. satu keadaan yang tak dapat nak di gambarkan.. sangat-sangat kecoh dan pelbagai ragam manusia ada pada ketika itu..mereka berhimpit-himpit masuk kedalam bas sehingga bas padat & sendat seperti sardin, tuna.. bahkan lebih padat lagi, sehinggakan bas tak dapat ditutup pintunya.. tatkala bas bergerak, masyaAllah, senget! sangat-sangat merbahaya.. saya dan 4 orang sahabat hanya berdiri di depan kedai makan, memerhatikan gelagat warga asing yang tak ubah seperti "kera dapat bunga".
beberapa minit kemudian, bas ke-2 sampai.. juga keadaan yang sama berlaku.. penumpang di dalam bas belum sempat turun, warga asing terus menyerbu sehinggakan pemandu terpaksa menegah mereka dari menaiki bas tersebut.. saya pada mulanya juga ingin menaiki bas tersebut membatalkan hasrat saya, dan terus menanti untuk bas seterusnya. 2 orang sahabat sempat menaiki bas dengan berhimpit dengan warga asing yans semuanya lelaki.. sangat menakutkan dan merbahaya. apa yang boleh saya dan 2 orang lagi kakak yang saya jumpa tadi, terus menunggu.. saya tak sanggup berhimpit2 dengan laki! seram.. x lama tu, ambulans datang ke arah tempat yang ada polis tadi.. difahamkan rupanya ada pergaduhan di sana. tapi saya tak ambil tahu pun.. takut..
Dalam 7.45 malam, bas ke-3 sampai.. keadaan yang sama berlaku..bukan bas yang akan saya naiki itu sahaja berlaku sebegitu, malahan semua bas yang ada. mereka berebut2 dan sehingga padat bas.. sepanjang sejam saya berada di sana, lebih kurang 7 buah bas yang bergerak, kesemuanya penuh dan padat dengan warga asing, seperti tuna dalam tin! apakan daya, saya dan 2 orang kakak tadi ambil keputusan nak naik juga bas tersebut kerana di fahamkan bas terakhir jam 8.00 malam.
Ketika nak naik bas tu, memang berhimpit-himpit.. semua lelaki.. saya berpaut pada lengan kakak, dan kakak 2 pun berpaut pada beg kakak yang seorang lagi.. tiba-tiba kami berada di tengah-tengah warga asing yang nak naik bas..bertolak2, berhimpit2.. rasa seram sejuk sangat.. saya toleh kanan, kiri, depan, belakang, semuanya lelaki.. bukan warganegara pula tu.. hati ni cuma boleh berdoa je.. time tu, sepenuh hati tawakkal pada Allah, n bibir hanya keluar perkataan Allah. Allah, Allah je.. sangat-sangat menakutkan..
kemudian, sedang asyik pegang tangan akak yang saya kenal kat situ, beg saya tiba2 disentap dan ditarik dengan kuat.. time 2 terjerit "Allah" n saya cakap "apa ni?!!!".. mujur saya pakai beg galas cam budak sekolah time tu.. xde la rasa sakit bila disentap kuat gitu.. saya yang saling berpaut pada 2 oarng kakak di depan saya, akk tu pun turut terdorong ke belakang.. sangat2 cemas.. hampir menangis saya di situ... otak saya dengan pastas berfikir "apa orang ni nak buat?".. takikan yang kuat 2, hampir terjatuh kami bertiga..
tapi rupanya ia suatu rahmat bagi kami.. Rupanya ia seorang pemandu bas yang berusaha selamatkan kami dari rempuhan dan perebutan warga2 asing tersebut.. pakcik tersebut menarik kami ke pintu belakang bas, dan meminta kami naik.. sebaik kami naik, rempuhan juga berlaku di pintu belakang.. sangat teruk keadaan seperti itu..
tetapi bila dapat sahaja duduk dengan kakak yang comel berbaju kurung tu, ucapan Alhamdulillah xhenti dari mulut kami.. rasa bersyukur sangat x perlu nak berhimpit2 dengan lelaki2 asing tadi tu.. tapi sepanjang perjalanan ke kelang Sentral, macam2 ragam manusia ada.. saya dan kakak rasa macam nak muntah dengan pelbagai bau dan ntah apa2.. sepanjang dalam bas, aku x berhenti sebut doa : " Bismillah hillazi la yadurru ma'as mihi syaiun fil ardi wala fis sama'i wahuwas sami'ul alim"..
sampai je tempat yang dituju, saya turun dahulu, tapi saya sempat pesan pada akak tadi supaya berhati2.. sbb tinggal dia je seorang perempuan yang pakai tudung dalam bas tersebut, dan perjalanannya masih jauh.. Semoga Allah melindunginya..
Sampai stesen bas, saya terus meluru cari surau.. alhamdulillah, dalam keadaan musafir..boleh jama'.. kalau x, terlepas solat maghrib kan.. tapi kt Sentral tu pula walau x ramai orang, ramai je la yang nak wat maksiat.. pasangan laki perempuan, duduk berdua, berpegang tangan, bergurau senda.. malu la sikit wei.. pakai tudung, tapi... wallahua'lam.. paham2 la sendiri kan..
Papepun, sepanjang 3 tahu saya ulang alik balik Terengganu-Banting, tak pernah lagi berlaku sebegitu.. mungkin sebab kali ini pertama kali saya balik hari Minggu.. apapun, sangat2 bersyukur kepada Allah kerana dengan kurniakan Kasih SayangNya, rahmatNya dan pertolongaNya, saya dan sahabat selamat.. semoga Allah sentiasa memelihara kita dari sebarang bahaya dan malapetaka.. amin.. wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment